NETIZEN SELAR TINDAKAN KELUAR DEWAN SEPERTI MONYET

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan dan para netizen pro kerajaan sebelum ini sering menempelak Ahli Parlimen pembangkang yang kerap keluar ketika sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung, sekiranya pembangkang tidak berpuas hati ataupun membantah sesuatu perkara yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen kerajaan.

Jolokan ‘pembangkang seperti monyet’ sering kali diungkapkan terhadap pembangkang bagi menjelaskan sifat kerap tidak berpuas hati, selalu membuat bising, bertekak selain kerap protes dengan cara keluar daripada sidang dewan tersebut.

Sidang Dewan Rakyat kali ini menyaksikan peristiwa bersejarah apabila Ahli Parlimen yang dahulunya daripada blok kerajaan hari ini berada di blok pembangkang dan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang pula berada di blok kerajaan.

Maka apabila Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan apabila sidang Dewan Rakyat sedang dilangsungkan, jolokan ‘pembangkang seperti monyet’ juga dilemparkan kepada mereka, kali ini oleh netizen pro kerajaan (dahulunya pembangkang).

Jika kerana tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan kerana membantah lantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat ini dikecam sebagai seperti monyet oleh netizen pro kerajaan, maka adakah dahulu mereka tidak sedar sudah bertahun amalan seperti monyet ini diamalkan oleh Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan?

Walaupun bantahan secara keluar dewan ini dilakukan kerana prosedur pemilihan Yang Dipertua Dewan itu sendiri diragui yang membuatkan keseluruhan perjalanan dewan akan menjadi tidak sah kerana melanggar peraturan dewan, namun sewajarnya amalan seperti monyet oleh pembangkang terdahulu jangan diikuti.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts