LANGKAH BIJAK KERAJAAN TAWAR SEMULA PROJEK KVDT2 SECARA TENDER TERBUKA

423
SHARES
2.5k
VIEWS

Tindakan kerajaan menghentikan projek Sistem Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) dan kenapa ia perlu ditender semula secara terbuka ini dilihat sebagai bertepatan dan langkah bijak kerana;

1. Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri yang mendedahkan projek ini adalah antara 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan.

2. Daripada jumlah tersebut, 67.7 peratus atau RM4.475 bilion daripada nilai keseluruhan RM6.61 bilion projek ‘direct nego‘ tersebut diberi kepada Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DAMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi melaksana projek tersebut. 

3. Syarikat tersebut (DAMIA) sebelum ini juga TELAH DISAHKAN MEMPUNYAI PRESTASI BURUK ketika melaksanakan Fasa 1 (KDVT1) yang didedahkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin.

4. Mohd Rani turut memohon agar Kementerian Kewangan yang diterajui Guan Eng ketika itu menimbang semula hasrat untuk melantik syarikat yang sama bagi Fasa Kedua (KVDT2) kerana prestasi buruknya melaksanakan KVDT1 sebelum itu. 

Rujuk artikel, “Setelah batal kenapa Lim Guan Eng lantik kontraktor yang sama?” di pautan; https://malaysiagazette.com/2020/08/28/kvdt-2-selepas-batal-kenapa-guan-eng-lantik-kontraktor-yang-sama/

5. Banyak KELEMAHAN DAN KEPINCANGAN yang dilaporkan oleh Mohd. Rani antaranya produktiviti rendah kerana kekurangan tenaga mahir, peralatan pembinaan yang tidak lengkap, pembekalan bahan mentah yang tidak mengikut standard dan kelemahan perancangan kerja.

6. Selain melibatkan sistem pengurusan dan pengendalian projek yang lemah, ia juga tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

7. Ini telah menjejaskan operasi KTMB, menyebabkan jumlah penumpang merosot serta kehilangan pendapatan kerana kapasiti landasan yang terhad dan tidak mampu memenuhi kehendak pelanggan.

8. Ini menunjukkan syarikat ini sememangnya tidak layak dan tidak sepatutnya diberikan kebenaran melaksana fasa seterusnya tetapi diberikan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan, atas alasan mengelakkan tindakan mahkamah.

9. Mujurnya apabila kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan dan bertindak cerdik apabila projek KVDT2 kemudiannya dihentikan dan menawarkannya semula secara tender terbuka.

Rujuk; www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/08/725949/tender-projek-kvdt2-dibuka-semula-susulan-pelbagai-input

10. Syarikat tersebut selanjutnya mengemukakan saman terhadap kerajaan bagi mengenepikan  perintah sementara, untuk menahan kerajaan membatalkan atau menghentikan projek tersebut, tetapi gagal.

Rujuk; https://editormalaysia.com/17035/

11. Kemudian wujud pula cubaan terkini pihak tertentu yang mula ‘melobi’ agar kerajaan meneruskan projek KVDT2 ini melalui syarikat yang sama sedangkan pelbagai isu yang ‘mengelilingi’ projek ini perlu disiasat sepenuhnya dengan segera.

Rujuk: https://editormalaysia.com/17309/

12. Timbul juga persoalan adakah ia mempunyai kaitan dengan beberapa individu dalam Pakatan Harapan sama ada menjadi broker, konsultan ataupun sebagai orang tengah? 

13. Jika terdapat elemen rasuah dan salah laku maka semua yang terlibat ini perlu didakwa dan dihadapkan ke mahkamah, tanpa mengira siapapun mereka.

Rujuk; https://editormalaysia.com/16600/

Cadangan:

1. Tiada lagi tender secara ‘direct nego‘ atau runding terus dibenarkan selepas ini. 

2. Semua projek ‘direct nego‘ yang telah didedahkan oleh Tengku Zafrul wajar disiasat dan diambil tindakan sekiranya wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa terutamanya projek KVDT2 yang melibatkan 67.7 peratus daripada jumlah keseluruhan. Termasuk syarikat yang mempunyai kaitan dengan Tamrin Tun Ghafar, yang didedahkan oleh YB Zuraida Kamaruddin. 

Rujuk; https://editormalaysia.com/16625/

3. Mana-mana syarikat lain yang menang tender terbuka selepas ini perlu dipantau dengan ketat agar masalah yang sama tidak berulang.

4. Wujudkan klausa “kontrak akan ditamatkan atau ditarik balik tanpa prejudis sekiranya melanggar sebarang perjanjian yang ditetapkan kerajaan” – kerana kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini menggunakan alasan “mengelakkan tindakan mahkamah” yang sepatutnya tidak boleh berlaku. 

5. Mana-mana syarikat bermasalah dan mempunyai rekod buruk dalam melaksana projek berkaitan kepentingan awam terus disenarai-hitam kerana ini melibatkan kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

6. Tiada lagi projek diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi mengelakkan berlakunya “konflik kepentingan”.

Kesimpulannya, tahniah atas ketegasan kerajaan terutamanya Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong selalu Menteri Pengangkutan yang tidak berkompromi dalam isu yang melibatkan kepentingan awam seperti ini.

Syabas diucapkan kepada beliau dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts