PELANTIKAN YANG DIPERTUA DEWAN TIDAK SAH?

365
SHARES
2.1k
VIEWS

“Peruntukan ini berbentuk mandatori, iaitu wajib sekurang-kurangnya 14 hari. Sekiranya tidak patuh, tidak sah daripada sudut undang-undang.

“Aturan mesyuarat dibuat berdasarkan terbitan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 62. Jadi apa yang berlaku ini bercanggah de­ngan Perlembagaan Persekutuan.”

Ketua Whip Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan Pakatan Harapan telah melanggar Peruntukan 4(1) berhubung prosedur pemilihan Yang Dipertua.

Takiyuddin menghuraikan tiga elemen pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat berdasarkan Peruntukan 4(1).

“Pertamanya ialah individu yang dicalonkan mesti terima sekiranya dipilih. Keduanya, pihak yang mencadangkan perlu memberi notis bertulis dan ketiganya, notis tersebut perlu di­serahkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari persidangan iaitu hari ini, bermakna paling awal ialah pada atau sebelum 2 Julai,” jelas beliau.

Selain kontroversi pelantikan tersebut, kerajaan Pakatan Harapan juga dipersoal sejauh manakah sidang Dewan Rakyat selepas ini dapat ber­langsung secara adil sekiranya perkara asas mengenai prosedur pemilihan Yang Dipertua Dewan sendiri tidak dipatuhi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts