BERPAKAT, BERSAHABAT BIAR JUJUR DAN IKHLAS – ASYRAF WAJDI

557
SHARES
3.3k
VIEWS

Waktu hendak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 kerusi ditambah 15 (Ahli Parlimen lompat dari UMNO) untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM….

Waktu hendak tubuhkan Kerajaan Perak, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 25 ADUN berjiwa besar, tetap mengalah kepada PPBM yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Faizal Azumu sebagai MB….

Waktu hendak tubuhkan Kerajaan Sabah, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 14 ADUN berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada PPBM yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Hajiji sebagai KM….

Justeru jangan melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas.

Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh jentera UMNO-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon-calon PPBM atas bendera Perikatan Nasional di kawasan-kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat UMNO-BN hampir 30 tahun.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/3848703065159712/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts