KUMPUL AKUAN BERSUMPAH, USAHA AKHIR SHAFIE APDAL JADI KETUA MENTERI SABAH?

1.5k
SHARES
8.8k
VIEWS

Kemelut siapa menjadi Ketua Menteri Sabah nampaknya masih belum berakhir.

Kumpulan Warisan Plus yang menyokong Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah masih mencari jalan untuk memastikan kuasa di tangan mereka, dengan mengumpulkan Akuan Bersumpah (SD) walaupun selama ini mentohmah cara sebegini sebagai “kerajaan pintu belakang”. 

Walaupun ketika ini bila-bila masa sahaja lagi Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor akan dilantik oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu namun Shafie masih belum mengalah. 

Perkara ini didedahkan oleh salah seorang pemimpin Warisan yang berada bersama-sama ADUN lain di kediaman Shafie sejak pagi tadi, tetapi enggan mendedahkan apa atau untuk siapa SD tersebut ditandatangani – yang dijangka akan dihantar kepada Juhar pada hari ini juga. 

Sebagai rekod, walaupun semua ADUN Warisan Plus menandatangani SD untuk menyokong Shafie sebagai Ketua Menteri, mereka akan tetap kekurangan 9 orang berbanding 41 ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Rujuk berita di pautan;

www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2020/09/28/as-grs-announce-hajiji-as-sabah-cm-political-intrigue-around-warisans-next/1907467

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts