JAWATAN KETUA MENTERI SABAH, UMNO DIKHIANATI?

731
SHARES
4.3k
VIEWS

1. Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tidak menjadi masalah siapapun Ketua Menterinya sama ada daripada Bersatu ataupun UMNO asalkan bukan daripada Warisan atau Pakatan Harapan yang telah kalah. 

2. Tetapi jika wujud perjanjian di mana UMNO menyerahkan sebahagian kerusi yang ditandinginya selama ini termasuk kerusi ‘ADUN melompat’ mereka kepada Perikatan Nasional yang diketuai Bersatu dengan syarat jawatan Ketua Menterinya diserahkan kepada UMNO, maka ia wajar ditunaikan. 

Rujuk artikel “TARIK BALIK SOKONGAN JIKA PERIKATAN NASIONAL MUNGKIR JANJI – NAZIR HUSSIN” di pautan; https://editormalaysia.com/17271/

3. Perjanjian ini juga menjelaskan persoalan sebelum ini iaitu kenapa UMNO tidak bertanding di seluruh 73 kerusi DUN yang dipertandingkan, sebaliknya mengorbankan banyak kerusi tradisinya sendiri.

Rujuk artikel “TINDAKAN MEMBERI KERUSI KEPADA BERSATU DI SABAH BAKAL MENGUNDANG BENCANA” di pautan; https://editormalaysia.com/16967/

4. Jika perjanjian yang tidak terlalu rumit dan bersifat ‘menang-menang’ seperti inipun tidak boleh dihormati oleh Bersatu, maka apa lagi yang akan mungkin dimungkiri atau dikhianati pada PRU-15 kelak?

5. Malah puluhan kerusi yang dikorbankan UMNO untuk diberikan kepada Perikatan Nasional juga langsung tidak diberikan kepada PAS, walaupun PAS sendiri bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional dan tentu mereka juga mempunyai calon yang berkelayakan. 

6. Ini bukan sahaja menunjukkan Bersatu tamak tetapi juga cuba membolot apa yang bukan menjadi haknya sehingga sanggup mengkhianati rakan-rakan sekutu sendiri. 

7. Bersatu hanya pandai menuntut rakan-rakannya sekutunya berkorban, sebaliknya mereka begitu angkuh tidak pula mahu berkorban langsung.

8. ‘Berkorban satu hala’ ini lebih tepat digelar sebagai ‘pembulian’.

9. Cuba senaraikan apa yang telah Bersatu korbankan selama ini, selain sanggup korbankan nasib Melayu Islam apabila bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Harapan sebelum ini? 

10. Terbukti pengorbanan dua parti Melayu Islam terbesar negara ini hanyalah satu kesilapan apabila diambil kesempatan oleh Bersatu atas nama “demi agama, bangsa dan tanahair”.

11. Rujuk artikel “KESILAPAN DAN PENGORBANAN PAS-UMNO YANG TIDAK BOLEH DIULANGI” di pautan; https://editormalaysia.com/17235/

12. Perlu diingat umat Islam boleh berlembut dan beralah, juga ditegah menganiaya atau mengkhianati orang lain.

13. Tetapi jangan lupa umat Islam juga ditegah agar jangan sampai orang lain menganiaya dan mengkhianati mereka, apatah lagi dibuli oleh rakan-rakan sendiri. 

14. Maka cukup-cukuplah, jawatan Ketua Menteri Sabah ini menjadi bukti betapa Bersatu sanggup membuat apa sahaja termasuk mungkiri janji dan mengkhianati rakan-rakannya sendiri.

15. Perkara ini bukan mengenai isu Hajiji lebih baik atau Bung Mokhtar tidak bagus sebagai Ketua Menteri tetapi ia mengenai janji yang dikhianati – yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh semua pihak yang terlibat. 

16. Justeru lebih baik UMNO menarik balik sokongan mereka kepada Perikatan Nasional serta merta dan biarkan rakyat tentukan siapa yang mereka lebih percayai untuk memerintah melalui pilihan raya.

17. Rakyat terutamanya Melayu Islam juga sudah muak dan betul-betul inginkan sebuah kerajaan yang adil dan stabil, yang dapat mengembalikan negara ke landasannya yang sebenar.

18. Bukan kerajaan yang hanya tahu beretorik mahu martabatkan agama, bangsa dan negara, tetapi dalam isu Tabung Haji dan pembunuhan arwah Adibpun masih tidak mahu diselesaikan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts