KEMBALI KE LANDASAN PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL DIWUJUDKAN – ISHAM JALIL

884
SHARES
5.2k
VIEWS

Saya baru terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agong PAS, YB Takiyuddin Hassan di mana beliau telah meminta UMNO untuk memberi penjelasan berkenaan dakwaan berlaku perubahan sokongan kepada Perdana Menteri.

Takiyuddin juga berkata bahawa jika ini benar (ada perubahan sokongan kepada Perdana Menteri) maka menurutnya ia bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persefujuan yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019.

Menurutnya lagi, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam, sekaligus mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh PKR, Amanah dan DAP.

(Kenyataan penuh YB Takiyuddin dilampirkan di bawah)

……..

KOMEN SAYA

Dengan segala hormat.

PERTAMA, merujuk kepada setiap ayat, perkataan dan keseluruhan perenggan-perenggan dalam Piagam Muafakat Nasional, tidak ada satupun yang merujuk kepada kesetiaan atau sokongan kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri tersebut adalah dari parti PPBM (Bersatu) yang bukanlah pihak yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional tersebut.

KEDUA, Piagam Muafakat Nasional telah ditandatangani pada 14 September 2019.

Pada ketika itu PPBM (Bersatu) masih lagi berada dalam Pakatan Harapan.

Dan Perdana Menteri yang menerajui PH pada ketika itu adalah dari parti PPBM (Bersatu).

Oleh itu hakikatnya mengikut piagam ditandatangani, pihak yang ingin dikalahkan adalah bukan sahaja PKR, Amanah dan DAP seperti yang disebut, tetapi juga termasuk PPBM (Bersatu) dan juga Perdana Menterinya.

Oleh yang demikian, pendapat yang mengatakan bahawa peralihan sokongan daripada Perdana Menteri (PPBM) oleh UMNO (jika ada) tidak mematuhi persefahaman dan persefujuan yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 adalah satu kesalahan fakta.

Saya harap semua pihak terus istiqamah dan kembali ke landasan asal semasa awal-awal pembentukan Muafakat Nasional pada 14 September 2019 dahulu.

Ini untuk mengelak dari kita dibuai dan terumbang ambing dengan permainan politik pihak-pihak yang berkepentingan dan berkesempatan.

Saya yakin jika kita kembali ke landasan asal, kita akan berjaya mencapai matlamat yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani tersebut.

Salam, 

ISHAM JALIL

25 September 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/816273805794812/?extid=29JMdy4qEOwmZTrX&d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts