MANA LEBIH BAIK, KEKAL ATAU TARIK BALIK SOKONGAN?

1.1k
SHARES
6.7k
VIEWS

1. Kemelut berpanjangan sejak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh daripada Ahli Parlimen serta mendakwa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

2. Cubaan sebegini tidak akan berhenti selagi mandat tidak diserahkan kembali kepada rakyat dan pilihan raya diadakan untuk rakyat sendiri membuat keputusan siapa yang akan dipilih untuk menerajui negara kelak. 

3. Negara tidak boleh menampung ketidakstabilan seperti ini untuk jangka masa yang panjang di mana ia akan memberi kesan terus kepada negara dan rakyat.

4. Sokongan penuh dan berterusan kepada Perdana Menteri wajar dizahirkan, tetapi ia tidak menjamin kestabilan malah hanya akan menyebabkan kemelut ini berpanjangan tanpa kesudahan.

5. Selepas ini entah siapa pula akan mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti, mendakwa Perdana Menteri telah kehilangan sokongan serta memohon mengadap YDP Agong dengan Akuan Bersumpah versi terkini.

6. Seandainya ada dalam kalangan Ahli Parlimen menarik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, dengan tujuan menstabilkan negara, maka selagi tidak bertentangan dengan undang-undang atau Perlembagaan, ia wajar dilakukan. 

7.  Asalkan sokongan tersebut tidak diberikan kembali kepada Anwar, PKR dan DAP di dalam Pakatan Harapan, yang banyak melakukannya kerosakan ketika memerintah sepanjang 22 bulan.

8. Justeru hanya melalui pilihan raya, semua ‘kegilaan’ ini dapat dihentikan, malah kestabilan politik, keamanan negara dan kemakmuran rakyat juga dapat diwujudkan – apabila kerajaan yang memerintah kelak mendapat sokongan yang jauh lebih kukuh.

9. Mandat perlu segera dikembalikan kepada rakyat, demi maslahat yang lebih besar dan mengelakkan mudarat berpanjangan, agar matlamat utama menjaga kestabilan politik, mewujudkan keamanan serta ketenteraman berjaya dicapai. 

10. Inilah penyelesaian tuntas atau menyeluruh yang sangat diperlukan oleh negara ketika ini yang juga diharapkan oleh “akar umbi sebenar” iaitu seluruh rakyat Malaysia untuk kembali memilih siapa yang mereka rasakan layak memerintah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts