ANWAR TIDAK LAYAK MENGADAP YDP AGONG – BUZZE AZAM

1.3k
SHARES
7.5k
VIEWS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Saya merujuk kepada pandangan Prof Shamrahayu Abd Aziz seperti dilaporkan Sinar Harian semalam di pautan ini;

https://www.sinarharian.com.my/article/102370/BERITA/Nasional/Hanya-Perdana-Menteri-layak-menghadap-Agong

2. Seorang Ahli Parlimen boleh mengadap YDP Agong untuk mempersembahkan apa sahaja KECUALI hal-hal yang berkaitan dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

3. Menurut Perkara 43 (4), jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan melainkan atas permintaannya, YDP Agong membubarkan Parlimen.

4. Ini bermaksud, Anwar Ibrahim HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MEMBUKTIKAN bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Rakyat.

5. Sekadar pengumuman di Hotel 2 hari lepas, tidak membuktikan apa-apa lagi menurut Perkara 43(4) melainkan hanya persepsi yang beliau ciptakan.

6. Sekadar memiliki Akuan Bersumpah (SD) adalah tidak memadai kerana sepatutnya Anwar membawakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen.

7. Mungkin dihujahkan Perdana Menteri tidak berani memanggil sidang tergempar Parlimen untuk tujuan ini tetapi sebagai ahli politik berpengalaman, Anwar Ibrahim boleh mengarahkan penyokong-penyokong beliau itu meletakkan jawatan secara berjemaah jika mereka memegang jawatan kabinet atau GLC.

8. Jika ini berjaya dilakukan Anwar maka mahu tidak mahu, Muhyiddin terpaksa memanggil sidang tergempar Parlimen atau mengadap YDP Agong untuk meletakkan jawatan atau meminta baginda membubarkan Parlimen mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

9. Sebenarnya, pandangan Prof. Shamrahayu Abd Aziz di atas merujuk kepada situasi bila mana jawatan Perdana Menteri masih ada penyandangnya (seperti sekarang) dan perbezaannya jika jawatan telah dikosongkan (sepertimana Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM ke-7).

10. Jika jawatan Perdana Menteri masih ada penyandangnya, maka hanya peruntukan Perkara 43(4) sahaja yang terpakai.

11. Jadi di sini memang bermaksud Anwar tiada ruang untuk mengadap YDP Agong bagi mempersembahkan koleksi Surat-surat Akuan Bersumpah yang beliau perolehi.

12. Dalam keadaan sekarang, Anwar sebenarnya sedang meminta YDP Agong menyemak kembali sama ada Muhyiddin masih mempunyai majoriti atau tidak sedangkan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIDAK MEMPERUNTUKKAN KUASA KEPADA YDP AGONG UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BERKENAAN.

13. Kuasa prerogatif YDP Agong untuk menentukan siapa memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri hanya wujud di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

14. Kuasa Baginda YDP Agong di atas hanya wujud dalam keadaan telah berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri apabila PERDANA MENTERI TELAH MELETAKKAN JAWATAN atau SELEPAS KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM.

15. JIKA JAWATAN PERDANA MENTERI MASIH ADA PENYANDANGNYA, YDP AGONG TIDAK BOLEH MELAKSANAKAN KUASA BAGINDA DI BAWAH PERKARA 43(2)(a) BERKENAAN.

16. Jadi Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pandangan Prof Shamrahayu Abd Aziz berkenaan. Beliau selaku seorang Pakar Perlembagaan hanya menyampaikan pandangan ilmiah beliau berkaitan perbezaan peruntukan Perkara 43(2)(a) dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

17. Jika di bawah Perkara 43(4) mana-mana Ahli Parlimen selain Anwar juga membuat sidang media memiliki majoriti, adakah bermaksud setiap minggu YDP Agong harus menerima mereka mengadap untuk menerima koleksi surat Akuan Berkanun masing-masing?

18. Jika ini dibenarkan, pastinya ini boleh dilihat sebagai mempersendakan kuasa prerogatif Baginda YDPA yang telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

19. Sebab Itulah, di bawah Perkara 43(4) berkenaan, hanya Perdana Menteri sahaja boleh mengadap YDP Agong, bukannya Ahli Parlimen biasa seperti Anwar.

20. Oleh itu, saya menasihatkan Anwar agar jangan menghina baginda YDP Agong dengan permohonan mengadap untuk tujuan yang baginda tiada kuasa diperuntukkan Perlembagaan untuk melakukannya melainkan ini hanya akan mengakibatkan kesipuan di pihak baginda YDP Agong. 

21. Mengadap jika hanya untuk menyampaikan ‘afiah’ atas kesihatan baginda, itu tidak menjadi masalah Perlembagaan.

Sekian dan terima kasih. 

Nota: Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya bertanggungjawab penuh atas kandungannya selagi mana kandungannya tidak disalah tafsirkan oleh pihak ketiga.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

25 September 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts