HENTIKAN KEMELUT POLITIK, MUHYIDDIN PERLU BUBAR PARLIMEN SEGERA

719
SHARES
8k
VIEWS

1. Sidang media oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen pada hari Rabu, 23 September.

2. Anwar juga mendakwa “kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh”. 

3. Anwar mengambil kesempatan atas ketidakstabilan kerajaan ketika ini yang jumlah sokongannya hanya ‘cukup makan’ kerana tidak mempunyai bilangan majoriti yang besar daripada Ahli Parlimen. 

4. Maka cubaan menjatuhkan kerajaan seperti tindakan Anwar ini bukanlah kali pertama dilakukan dan juga pasti bukan buat kali yang terakhir. 

5. Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai wujudnya sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Anwar, yang dilihat sebagai STRATEGI MENDESAK PERDANA MENTERI MEMBUBARKAN PARLIMEN – yang menjadi desakan utama UMNO sejak awal pembentukan kerajaan Muhyiddin lagi. 

6. Beberapa pemimpin UMNO dan Menteri Perikatan Nasional sendiri seperti Tan Sri Annuar Musa turut meminta untuk mandat dipulangkan kepada rakyat dan diadakan ‘snap election‘. 

7. Kenyataan Zahid kemudiannya di-spin oleh beberapa pihak termasuk dalam Perikatan Nasional sendiri kononnya sebagai bukti mereka yang terlibat akan menyokong Anwar dan juga DAP.

8. Hakikatnya parti UMNO sejak dahulu masih konsisten dan menjadi satu-satunya parti berteraskan Melayu Islam di dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang tidak pernah dan tidak akan bekerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP.

9. Berbanding Bersatu yang sememangnya sebahagian daripada Pakatan Harapan sebelum ini bersama Tun Mahathir, DAP dan PKR yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

10. PAS juga pernah bekerjasama dengan DAP dan PKR melalui Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu atas nama ‘tahaluf siyasi’, juga bagi menjatuhkan kerajaan yang sama. 

11. Tambah menghangatkan keadaan, portal The Coverage mengeluarkan senarai nama 17 Ahli Parlimen UMNO yang kononnya didakwa sebagai mereka yang akan menyertai “kerajaan Anwar” termasuk sebagai jawatan-jawatan ‘Kabinet Bayangan’.

12. Semua pihak tahu ia hanya fitnah semata-mata kerana tiada satupun bukti ditunjukkan, sekadar senarai nama yang boleh dibuat oleh sesiapapun. 

13. Apatah lagi Anwar sendiri kata hanya akan tunjukkan bukti beliau mempunyai sokongan tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu. 

14. Persoalan kini bukan kepada Anwar dan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti ataupun siapa di sebalik dua pertiga Ahli Parlimen yang menyokongnya – kerana ia hanya strategi Anwar yang ingin menghuru-harakan negara yang tidak stabil. 

15. MAKA PERSOALAN YANG LEBIH PENTING DAN UTAMA KETIKA INI IALAH “BILAKAH MUHYIDDIN AKAN BUBARKAN PARLIMEN”?  Berjiwa besarlah serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih siapa sahaja yang mereka suka, kerana selagi Parlimen tidak dibubarkan, selagi itu negara akan berdepan dengan ketidakstabilan dan cubaan menjatuhkan kerajaan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan