LEBIH BAIK BUBAR PARLIMEN DARIPADA PILIH PERDANA MENTERI CARA MAHATHIR

4k
SHARES
23.6k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Sekejap tadi Dr Mahathir baru membuat kenyataan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim dan kenyataan susulan Zahid Hamidi berkenaannya semalam.

Mahathir berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti kerana ada beberapa orang Ahli Parlimen yang didakwa telah menarik balik sokongan daripada Muhyiddin.

Mahathir juga berkata beliau mencadangkan supaya undi tidak percaya dibuat di Parlimen supaya Perdana Menteri yang baru dapat dipilih di dalam Dewan Rakyat.

Namun cadangan Dr Mahathir ini bukanlah pilihan yang baik dan tidak akan menyelesaikan masalah malah akan membuatkan kemelut politik di Malaysia lebih berpanjangan.

Ini kerana sesiapapun yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara ini akan ditukar lagi kerana dia tetap akan berhadapan dengan kemungkinan undi tidak percaya yang baru daripada Ahli-ahli Parlimen dan komposisi parti yang sedia ada dalam Dewan Rakyat yang sama.

Pilihan yang lebih baik ialah dengan mengubah komposisi parti dan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dengan komposisi yang baru supaya kerajaan yang dibentuk menjadi lebih stabil.

Ini hanya boleh dilakukan dengan cara pembubaran Parlimen dan pilihan raya.

Kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah di tangan Perdana Menteri dan beliau boleh menasihati SBP YDP Agong untuk membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya yang baru.

Memandangkan Kerajaan Perikatan Nasional hari ini hanya mempunyai 112-114 sokongan Ahli Parlimen, sekiranya hanya 3 atau 4 orang sahaja Ahli Parlimen menarik balik sokongan atau mengambil pendekatan berkecuali, Perdana Menteri tidak mempunyai banyak pilihan selain (1) membubarkan Parlimen, atau (2) mengisytiharkan darurat.

Namun pengisytiharan darurat bukanlah pilihan yang bijak mahupun praktikal untuk menyelesaikan kemelut politik.

Oleh itu pembubaran Parlimen untuk pilihan raya adalah pilihan yang lebih baik.

Sekiranya Parlimen dibubarkan, tidak semestinya pilihan raya perlu diadakan serta-merta.

Mengikut Perlembagaan, ia boleh diadakan dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran dibuat.

Ini bermakna jika Parlimen dibubar pada bulan hadapan, pilihan raya boleh diadakan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila situasi Covid-19 semakin reda.

Dalam tempoh ini juga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengemukakan SOP yang ditambahbaik untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Oleh itu, daripada kita membuat undi tidak percaya seperti yang Mahathir cadangkan, ataupun daripada kita membiarkan Anwar jadi Perdana Menteri pintu belakang, lebih baik kita bubarkan Parlimen dan kembalikan mandat ke tangan rakyat untuk memilih.

Mengapa Mahathir dan Anwar takut sangat jika Parlimen dibubar untuk pilihan raya?

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/815636632525196/?extid=A0gXsSSPiIdhoXDw&d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts