AHLI PARLIMEN TIDAK BOLEH MEMANDAI-MANDAI, SOKONGAN PERLU DITENTUKAN DI DEWAN RAKYAT – KU LI

905
SHARES
5.3k
VIEWS

Politik negara kembali bergolak apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat sidang akhbar kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan  mengumumkan “kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh”.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada pemimpin parti politik termasuklah UMNO.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memberikan pandangan bahawa Anwar sepatutnya membawa perkara tersebut ke Dewan Rakyat.

Beliau tidak sepatutnya bertindak di luar Dewan walaupun memiliki Akuan Bersumpah (SD) yang melebihi separuh daripada bilangan Ahli Dewan. Penentuan lucut ataupun tidak kuasa pemerintahan ditentukan hanya di dalam Dewan Rakyat.

Sebenarnya, orang politik terutama sekali Ahli Parlimen tidak boleh bertindak di luar Dewan Rakyat walaupun memiliki Surat Sumpah S.D. lebih daripada (separuh) bilangan Ahli ahli Dewan Rakyat. Ini semua tidak bermakna.

Lucut atau tidak kuasa pemerintahan ditentu dalam Dewan Rakyat dengan ahli yang dapat hadir sendiri mengundi dan tidak boleh dilakukan secara proksi atau diwakili melalui Surat Sumpah atau SD

Perdana Menteri mesti mengadap Agong apabila beliau hilang sokongan untuk meletak jawatan PM dan mohon sama ada untuk Agong bubar Parlimen, untuk diadakan PRU atau melantik Ahli Parlimen lain yang Tuanku berpendapat mempunyai sokongan majoriti ahli dalam Dewan Rakyat.”

Tambah Ku Li, Ahli-ahli Parlimen juga tidak boleh memandai-mandai ingin menubuhkan kerajaan walaupun mendakwa mempunyai majoriti sokongan yang cukup, tanpa dijemput oleh YDP Agong. 

Terpulang kepada Agong. Ahli-ahli Parlimen tidak boleh ikut sesuka hati masing-masing, walaupun mendakwa mempunyai bilangan penyokong yang cukup, pandai-pandai hendak tubuh kerajaan tanpa dijemput oleh Agong berbuat demikian. Itulah caranya.

Justeru kemelut ini wajar ditentukan oleh Anwar di tempat yang sepatutnya, bukan secara terbuka umum kepada media kononnya kerajaan telah tumbang. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts