17 INTI PATI PENGUMUMAN “KERAJAAN ANWAR”

544
SHARES
3.2k
VIEWS

Berikut dilampirkan ‘fakta-fakta’ yang dikemukakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media mengenai sokongan majoriti yang diterima beliau bagi membentuk kerajaan.

1. Anwar isytihar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

2. Dakwa sudah mendapat mandat hampir dua pertiga Ahli Parlimen yang menyokongnya membentuk kerajaan.

3. Jumlah sebenar sokongan akan dipersembahkan kepada YDP Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan.

4. YDP Agong juga telah memberi beliau perkenan mengadap pada Selasa lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

5. Kerajaan yang akan dibentuk ini bukanlah kerajaan Pakatan Harapan tetapi satu bentuk persefahaman dan permuafakatan baru. 

6. Alasan menubuhkan kerajaan baru adalah kerana rakyat perlu kerajaan yang kukuh, kepimpinan yang cekap dan yakin bagi mengurus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas.

7. Tidak membawa manifesto Pakatan Harapan sebaliknya manifesto baru berdasarkan prinsip di atas.

8. Pentadbiran beliau akan dipastikan mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum. 

9. Mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta hak istimewa Melayu Bumiputera.

10. Turut tegas mempertahankan hak kaum lain. 

11. Mendakwa majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya adalah Melayu Islam.

12. Sokongan yang diperolehi adalah secara individu sebagai Ahli Parlimen bukannya parti, termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional. 

13. Nafi ia sebagai kerajaan pintu belakang kerana mendapat mandat dan sokongan dengan prinsip dan polisi yang jelas. 

14. Setakat ini Ahli Parlimen PKR yang melompat (daripada kem Azmin Ali yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh PKR) tidak tersenarai.

15. Parti Pejuang dan Warisan juga setakat ini tidak terlibat, kerana sokongan yang diterima hanya secara individu.

16. Anwar turut menawarkan Muhyiddin bekerjasama dan jika sedia berkhidmat, beliau akan ditawarkan kedudukan yang bersesuaian. 

17. Nafi ia mempunyai kaitan dengan PRN Sabah kerana telah diusahakan berbulan lamanya.

Rujuk transkrip penuh pengumuman Anwar di pautan; https://editormalaysia.com/17138/

Rujuk video penuh sidang media Anwar di pautan; https://youtu.be/iYiVe6PMipU

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts