SOKONGAN HAMPIR DUA PERTIGA, KERAJAAN MAJORITI MELAYU ISLAM – ANWAR IBRAHIM

418
SHARES
2.5k
VIEWS

Dalam sidang media Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenar tadi, beliau membuat pengumuman bahawa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Rujuk transkrip penuh ucapan beliau di pautan;

https://editormalaysia.com/17138/

Anwar juga tidak memperincikan jumlah sokongan Ahli-ahli Parlimen kepadanya namun berkata sokongan tersebut bukan sahaja kukuh, tetapi mempunyai majoriti hampir dua pertiga Dewan.  

Beliau berkata sedemikian bagi menjawab soalan wartawan mengenai siapa Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepadanya untuk membentuk kerajaan. 

Selain itu, jumlah sebenar sokongan hanya akan dipersembahkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telahpun memberi perkenan kepada beliau dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masuk mengadap bagi menunjukkan bukti mempunyai sokongan majoriti membentuk kerajaan.

Anwar turut berkata kerajaan yang akan dibentuk ini adalah terdiri daripada majoriti Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts