MOHAMADDIN KETAPI MASIH BELUM PUAS TONJOL KEBODOHAN SENDIRI?

817
SHARES
4.8k
VIEWS

Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan beliau menghina anggota keselamatan yang berjuang di Tanduo dalam isu pencerobohan di Lahad Datu tetapi kononnya kenyataan beliau diputar belit oleh pihak lawan khususnya parti dari Semenanjung. 

Kononnya beliau hanya mengkritik kegagalan kerajaan Barisan Nasional ketika itu sehingga memungkinkan kejadian pencerobohan berlaku. Menurut Mohammadin lagi, jika isu pendatang tanpa izin (PATI) menjadi keutamaan kerajaan terdahulu, kejadian di Tanduo tidak mungkin berlaku.

Rakyat boleh menilai sendiri sama ada kenyataan Mohammadin diputar belit atau beliau sendiri yang mengeluarkan kenyataan sebiadap itu;

Kamu ingat dahulu di PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan konon di Tanduo, datanglah jet pergi Tanduo dibomnya sana, kelapa sawit dorang (suara gelak ketawa).”

Habis hangus kelapa sawit dorang (mereka), habis rumah orang, ‘kuyak-menguyak’ ditembak. Ini kenyataan.” 

Habis di situ, disuruhnya kereta kebal masuk kampung-kampung disuruh berperang sama ayam. Siapa lawan dia berperang? (gelak ketawa pendengar berterusan).”

Ayam sama anjing lawan dia di kampung berperang. Apabila sudah habis pilihan raya, tidak ada pula peperangan itu.

Kemudiannya Mohammadin menceritakan bagaimana daripada Lahad Datu, Tanjung Labian sehingga ke Tanduo pada zaman beliau menjadi wakil rakyat Lahad Datu bagi Parti Bersatu Sabah di tahun 1986, beliau tidak pernah terserempak dengan mana-mana lanun atau penceroboh Filipina yang ingin merampas Sabah. 

Tetapi apabila pada ketika itu kononnya UMNO akan kalah kepada PKR, terus ada perang di Tanduo.” 

Ramai orang mati disebabkan sandiwara itu. Sandiwara membohong bunuh orang sahaja.”

Rujuk video biadap Mohammadin menghina anggota keselamatan  yang kononnya “berperang dengan ayam dan anjing” serta menuduh kejadian tersebut sebagai hanya sandiwara di pautan; https://youtu.be/cZCt_hTiITg

Rakyat masih ingat bagaimana tidak cerdiknya Mohammadin ketika menjawat jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, beliau  masih “membuka pintu seluas-luasnya” kepada pelancong dan akan pastikan pelancongan diteruskan walaupun Covid-19 mula melanda dunia termasuk Malaysia. 

Rupa-rupanya kebodohan beliau ketika menjadi Menteri Pakatan Harapan dahulu masih belum habis dan tidak puas ditonjolkannya lagi.

Syabas Mohammadin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts