ISU TUNTUTAN FILIPINA: “SABAH TATAP MALAYSIA”

479
SHARES
2.8k
VIEWS

Pakatan Harapan sejak dahulu lagi memainkan dua isu berbeza tapi atas maksud yang sama iaitu untuk memperdaya penyokong-penyokong tegarnya agar tetap mengundi mereka.

Isu Sabah keluar Malaysia, Sabah bukan milik Semenanjung dan pelbagai lagi permainan sentimen kenegerian yang seumpama kerap dimainkan terutamanya menjelang pilihan raya.

Dalam masa yang sama isu “Sabah for Sabahan” dimainkan agar masyarakat Sabah tetap melihat kononnya Pakatan Harapan turut memperjuangkan hak Sabah – walaupun dua perkara yang dimainkan itu sangat berbeza antara satu sama lain.

Segala-galanya dibuat demi kuasa politik walaupun ia sebenarnya menyusahkan rakyat Sabah sendiri. 

Polemik terkini yang bakal mencetuskan kemelut panjang berlaku apabila bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal ‘menyemarakkan’ kembali semangat Filipina menuntut Sabah melalui gesaannya, yang mendapat “respons positif” kerajaan Filipina.

Terdapat Biro lama di dalam Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) iaitu Pejabat Hal Ehwal Borneo Utara, yang secara khusus menumpukan perhatian terhadap isu ini.” 

Pejabat ini akan dihidupkan semula, khas bagi meneliti kenapa usaha merebut semula Sabah masih belum selesai termasuk sama ada mahu menghidupkannya atau beri nafas baru.” – makluman Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr. mengenai jabatan khas bagi menggerakkan usaha menuntut hak dan merebut Sabah daripada Malaysia.

Ini kesilapan besar Shafie, beliau tidak sepatutnya membuat ‘gesaan’ berunding dengan kerajaan Filipina, yang melihat gesaan tersebut sebagai peluang baik bagi mereka menuntut kembali Sabah.

Malah gesaan Shafie itu juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan pengkhianatan kepada negara apatah lagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sendiri mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak sekian lama. 

Justeru Shafie Apdal bukan sahaja perlu meminta maaf rakyat Sabah, beliau juga perlu didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan pengkhianatan terhadap negara.

Pesanan buat rakyat Sabah, anda tidak perlukan Shafie dan Pakatan Harapan yang sanggup ‘mengorbankan’ Sabah kepada negara lain demi serakah politik masing-masing.

Buatlah keputusan terbaik pada PRN Sabah kelak, demi memastikan “Sabah tatap Malaysia“.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts