NEGARA STABIL JIKA KUMPULAN MAJORITI BERKUASA – KU LI

387
SHARES
2.3k
VIEWS

Dalam sebuah wawancara bersama Malaysia Insight, Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li memberikan pandangan mengenai kesukaran bagi sesebuah negara sekiranya kumpulan majoriti tidak memegang kuasa.

Menurut beliau orang Melayu Islam di negara ini perlu menerima hakikat bahawa mereka mempunyai pengaruh yang besar dan luas selaku penduduk majoriti.

Sebagai “kumpulan yang ramai”, mereka boleh menenangkan keadaan, menjamin keselamatan dan keamanan serta menjamin kehidupan berharmoni dalam negara Malaysia yang berbilang kaum.

Menurut beliau lagi jika kumpulan kecil hendak menguasai kumpulan yang lebih besar maka ia tidak akan berjaya. Ku Li turut memberikan contoh bagaimana Bersatu ingin menguasai UMNO, ia tidak boleh dilakukan.

Ramai, besar akan menguasai keadaan (apabila) ada pengaruh yang luas dan besar. Dengan cara itu baru aman dan apa-apa dasar yang dilakukan dapat penerimaan dan sokongan daripada orang ramai. Ia dapat dilaksana dengan baik dan memberi faedah kepada orang ramai.”

Baru ada keadilan, tenang keadaan. Rakyat rasa ada pertimbangan untuk semua pihak.”

Selagi kumpulan majoriti mempunyai peranan dan kuasa, (maka) kestabilan negara terjamin.”

Pandangan Ku Li ini bertepatan dengan bukti yang dapat dilihat selama lebih 60 tahun Barisan Nasional memerintah negara.

Tiada rakyat dikecualikan, bantuan banyak diberikan selama ini dan pembangunan dapat dinikmati oleh semua golongan.

Agama dan budaya masing-masing dapat diamalkan dan tiada diskriminasi selagi diri sendiri rajin berusaha.

Malah golongan minoriti menguasai ekonomi negara serta mengungguli carta 10 orang terkaya negara tanpa dihalang oleh sesiapa.

Semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa tetap boleh hidup bersama dan keharmonian ini perlu dipupuk dan dipelihara selama-lamanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts