AKAN LETAK CALON DI KERUSI TIDAK DITANDINGI UMNO – LOKMAN ADAM

430
SHARES
2.5k
VIEWS

Melalui siaran langsung di laman Facebook-nya semalam, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata akan meletakkan calon di setiap kerusi yang tidak ditandingi oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Beliau berkata demikian dalam ulasannya mengenai kekesalan beliau kerana Barisan Nasional hanya meletakkan calon bertanding di 42 kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut beliau jika Barisan Nasional bertanding di kesemua 73 kerusi maka tentu peluang lebih cerah walaupun kalah di 20 buah kerusi sekalipun. 

Namun jika Barisan Nasional hanya bertanding di 42 buah kerusi seperti ini maka mereka perlu menang semua kerusi yang tentunya agak sukar dan boleh diambil kesempatan oleh Bersatu kelak dengan meminta jawatan Ketua Menteri.

Beliau turut kesal kerana ada kalangan pemimpin yang melompat daripada UMNO dahulu turut diletakkan sebagai calon Barisan Nasional di PRN Sabah kali ini yang menurut beliau tiada jaminan mereka tidak akan melompat lagi.

Malah Lokman sendiri menyatakan hasrat akan bertanding di Pagoh, kerusi tradisi UMNO yang selama ini ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rujuk artikel “LOKMAN ADAM AKAN BERTANDING DI PAGOH” di pautan;

https://editormalaysia.com/16959/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts