APA ALASAN KERAJAAN PKR SELANGOR POTONG ELAUN MASJID? – ISHAM JALIL

752
SHARES
8.4k
VIEWS

Tiga hari lepas Kerajaan PKR Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memotong elaun pegawai-pegawai masjid di Selangor termasuk elaun nazir, bilal dan siak daripada RM1,430 setiap masjid sebulan kepada RM880 setiap masjid sebulan.

Ini bermakna setiap nazir, bilal dan siak masjid yang sebelum ini mendapat elaun sebanyak lebih kurang RM200 sebulan seorang, kini elaun mereka dipotong separuh kepada RM100 sebulan seorang.

Kali terakhir elaun nazir, bilal dan siak ini dinaikkan adalah pada tahun 2008 semasa pentadbiran Kerajaan BN di negeri Selangor di mana ia telah dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM200 sebulan seorang.

Pada tahun lepas, ADUN-ADUN BN Selangor telah mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor (PKR) supaya elaun-elaun pegawai masjid ini dinaikkan untuk menampung kenaikan kos sara hidup di Selangor sejak tahun 2008.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada ketika itu berkata ia akan dipertimbangkan.

Namun demikian, elaun-elaun ini tidak dinaikkan malah kerajaan PKR Selangor telah membuat keputusan untuk memotong separuh elaun-elaun ini berkuatkuasa serta merta. Tiada sebab atau alasan yang diberikan.

Sejak PKR memerintah Selangor, gaji EXCO dan Menteri Besar telah dinaikkan sehingga gaji Menteri Besar Selangor adalah yang tertinggi di Malaysia dan lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.

Namun elaun-elaun pegawai masjid yang asalnyapun sudah sedikit dipotong pula separuh.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor apakah alasan dan rasional kerajaan negeri ke atas pemotongan ini?

ISHAM JALIL

13 September 2020

KERAJAAN PKR SELANGOR POTONG SEPARUH ELAUN MASJIDTiga hari lepas Kerajaan PKR Negeri Selangor telah membuat keputusan…

Posted by Isham Jalil on Monday, September 14, 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan