UTUSAN HARUS BANTU MAJLIS AGAMA ISLAM SEKAT PENYEBARAN LIBERALISME

405
SHARES
2.4k
VIEWS

Saya tidak pasti mengapa akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 September 2020 menyiarkan berita bertajuk “Majlis Agama Islam ‘Berpeluk Tubuh’?”, dengan kenyataannya menyebut tentang Majlis Agama tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi penyebaran fahaman liberalisme terutamanya di media sosial yang kini penularannya dikatakan tersebar luas dalam masyarakat orang Melayu Islam dan Lembah Kelang merupakan salah daripada lokasi penularan fahaman ini.

2. Adalah difahamkan bahawa Utusan mendapat segala maklumat mengenai kerja-kerja Majlis Agama berdasarkan daripada suatu ‘sumber’. Sama ada ‘sumber’ ini dari orang dalam majlis atau pihak luar yang mungkin hanya bersandarkan kepada ‘hearsay’ atau khabar angin. Namun, berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Utusan ternyata maklumat yang diberikan oleh ‘sumber’ rujukan mereka itu agak meleset dan tersasar.

3. Tersasar kerana sumber yang kami perolehi pula daripada beberapa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang terlibat aktiviti bersama menyatakan keadaan sebaliknya. Fakta ini dapat dibuktikan dengan pelbagai gambar dan poster program yang dilakukan bersama pihak PIBK dengan Majlis Agama Islam dalam aktivit-aktiviti dakwah melalui program pencerahan, penerangan, dan pemantauan terhadap mereka yang terlibat dengan ajaran sesat baik yang individu atau berkumpulan.

4. “Bagaimana mungkin dikatakan tidak peduli atau berpeluk tubuh sahaja sedangkan kami dari PIBK MUAFAKAT sering kali mengadakan engagement atau collaboration dalam kerja-kerja dakwah bersama MAIS, JAIS, MAIWP, JAKIM dan beberapa agensi dari negeri-negeri lain, yang boleh dikatakan setiap tahun tanpa terkecuali, dan kami ada bukti berdokumen semuanya,” kata Haji Rashidi Haris, selaku Ketua Media MUAFAKAT.

5. Kata beliau lagi, “Namun, saya tidak nafi berkemungkinan ada di kalangan anggota pegawai – tidak semua – hanya sebilangan kecil yang terperangkap di tengah-tengah mainan politik yang agendanya memang lebih kepada mengutamakan undi rakyat berbanding menjaga maruah agama dan tanahair. Keadaan sebegini akan menyukarkan pegawai daripada pihak Majlis bertindak tegas kerana pada bila-bila masa, jika melanggar permintaan ahli politik tertentu itu, mereka berisiko ditukar tempat kerja, tujuannya mahu memaksa pegawai yang jujur dan ikhlas tadi berhenti kerja. Keadaan ini biasa, apabila sesuatu itu melibatkan ahli politik yang mempunyai kepentingan tertentu.”

6. Selain itu, kayu ukur yang bagaimana untuk dikatakan yang Majlis Agama berpeluk tubuh?

7. Sebenarnya terdapat beberapa PIBK turut sama terlibat dalam kerja-kerja dakwah bersama MAIS dan MAIWP iaitu dengan memberi laporan serta maklumat dari masa ke semasa jika ada mana-mana individu atau kumpulan tertentu yang mencurigakan yang didapati menjalankan aktiviti-aktiviti pelik seperti memberi ceramah dan syarahan yang bertentangan dengan naratif akidah Ahlu al-Sunnah wal-Jamaah (ASWJ) yang dianggap bercanggah dengan Fatwa Rasmi Negeri, Peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan termasuk Perlembagaan Persekutuan.

8. “Selain daripada membantu pihak PIBK dari segi dana, pihak MAIS dan MAIWP juga terlibat menyediakan tempat seperti Dewan masjid untuk kegunaan bersama dalam memberi pencerahan dan penjelasan terkini kepada masyarakat setempat mengenai pelbagai ajaran sesat yang sedang menular bagi mengelakkan orang ramai daripada terjebak ke dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat.”

9. Selanjutnya Haji Rashidi memaklumkan, “Antara PIBK yang terlibat dalam “Kluster Pemantapan Aqidah” atau kluster 2 di bawah seliaan MAIS adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Yayasan Kasih Tauhid, Yayasan Al Jenderami, Pertubuhan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Al Khidmah, Pertubuhan Ulama Malaysia – Selangor (PUMSel), MyHawa Malaysia, Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), sebagai mewakili PIBK dari kluster 2 ini semua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS dan JAIS kerana memberi peluang kepada kami berkhidmat kepada masyarakat bersama Majlis Agama.”

10. Usaha untuk menangani gejala penularan ajaran sesat khususnya fahaman liberalisme ini bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan gerak kerja yang bersepadu dan beriringan dengan pelbagai pihak termasuk kumpulan media seperti Utusan Malaysia. Pihak media boleh menyediakan ruang atau kolum untuk menyiarkan tulisan-tulisan menangkis tuduhan dan pandangan puak liberalis yang jelas bercanggah dengan pegangan arus perdana negara iaitu Ahlu al-Sunnah wal-Jamaah.

11. “Kita tidak nafikan banyak lagi kerja yang perlu dibuat tetapi semua usaha ini memerlukan peruntukan dana yang mencukupi dan kerjasama pelbagai pihak. Namun begitu, kerja-kerja ini harus terus dan sentiasa berjalan walaupun dengan keupayaan kewangan yang amat terhad, kebanyakannya dengan kos tanggungan PIBK dan para sukarelawan sendiri,” kata Haji Rashidi mengakhiri bicara dengan pihak wartawan Editor Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts