ISU AGIHAN KERUSI: APA JAMINAN AHLI PARLIMEN DAN ADUN BERSATU TIDAK AKAN MELOMPAT?

601
SHARES
3.5k
VIEWS

1. Sesungguhnya tiada jaminan sekiranya ada dalam kalangan Ahli Parlimen Bersatu ketika ini yang mengaku menyokong sepenuhnya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk belot dan melompat sebaik sahaja menang PRU-15 kelak

2. Walaupun Muhyiddin mempunyai kelebihan sebagai Perdana Menteri dan selaku Presiden Bersatu ketika ini namun beliau sendiri masih tidak pasti dengan nasib partinya sendiri – siapakah yang akan belot atau setia kerana permainan ini didalangi oleh pencatur politik paling licik negara iaitu Tun Mahathir Mohamad yang pernah dipercayai dan diikuti Muhyiddin sendiri sehingga menyertai DAP dan Pakatan Harapan 

3. Kumpulan Datuk Seri Azmin Ali yang telah menyertai Bersatu juga diragui kesetiaannya kerana pada bila-bila masa mereka boleh berubah hati kembali menyertai Pakatan Harapan demi secebis kuasa, apatah lagi dalam kumpulannya itu ada pelbagai isu, dari meratifikasi ICERD dan Statut Rom, rasuah sehinggalah ke isu memalukan hubungan sejenis lelaki sesama lelaki sehingga video perkataan ‘semburit’ terkenal seluruh dunia 

4. Jika Muhyiddin dan Bersatu mungkin masih memikirkan sedikit mengenai masa depan negara apabila berlaku Langkah Sheraton tetapi pasukan PKR Azmin yang oportunis hanya memihak kepada yang bakal berkuasa demi tembolok sendiri, mana-mana pihak yang dilihatnya akan berkuasa maka itu yang akan disokongnya

5. Datuk Seri Hamzah Zainudin dan pasukan lompat ‘6 Jahanam’ beliau mungkin akan ‘kesipuan’, tidak tahu hendak ke mana, tetapi jika melompat lagi sekalipun tidak mustahil

6. Akhirnya yang tinggal mungkin UMNO dan PAS, itupun belum tahu mungkin ada segelintir yang ‘ambitious‘ mahu kekal menjadi Menteri, ketika inipun boleh dilihat kelakuan mereka yang tidak menguntungkan parti sendiri malah terpalit dengan isu-isu yang tidak perlu yang sepatutnya dielak

7. Justeru agihan kerusi perlu realistik dan mengambil kira faktor ‘pembelotan Bersatu’ yang kini diintai Pejuang, kerana ini risiko besar 

8. Dengan ‘senyuman manis’ dan tawaran Tun Mahathir yang pernah  memperdaya dan ‘mengelabui’ pertimbangan Muhyiddin sendiri, tidak mustahil sejarah Pakatan Harapan menang akan diulangi pada PRU-15 kelak jika UMNO dan PAS tidak berhati-hati

9. Persoalannya adakah peluang ‘tawaran besar’ yang kini terbentang  depan mata menanti Ahli Parlimen dan ADUN Bersatu (termasuk yang lompat daripada PKR) akan disambut meriah oleh mereka? – “Tunggu, bertanding, sesudah menang baru melompat…

10. Apa yang penting jangan menggadai atau korbankan sesuatu yang menjadi hak milik sendiri, jika ada pihak minta berkorban, minta mereka berkorban terlebih dahulu, barulah kerjasama ‘menang-menang’ namanya

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts