BERSATU MASIH MAHU NAFI “KAPAL SENDIRI HAMPIR TENGGELAM”?

711
SHARES
4.2k
VIEWS

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kenyataan Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa 70 peratus ahli-ahli Bersatu telah keluar dan menyertai Pejuang pimpinan Tun Mahathir Mohamad, sebaliknya mengatakan hanya 247 ahli sahaja yang keluar.

Malah Hamzah mendakwa penyertaan ahli Bersatu bertambah daripada 46,000 pada 2017 dan kini mencecah 500,000 keahlian di seluruh negara.

Hakikat sebenarnya Bersatu sememangnya berpecah kepada dua, satu memihak kepada Tun Mahathir dan Pejuang manakala satu lagi masih dalam Bersatu ketika ini menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah ramai ahli akar umbi Bersatu sendiri tidak berpuas hati apabila Hamzah dan rakan-rakannya yang melompat daripada UMNO diberi jawatan tinggi termasuk Menteri oleh Muhyiddin yang menyebabkan mereka keluar Bersatu menyertai Pejuang.

Bukan kerana mereka menyokong sangat gagasan perjuangan Tun Mahathir tetapi apabila melihat tiada masa depan dalam Bersatu apabila jawatan penting diberikan kepada ‘orang luar’.

Tambah menyakitkan hati Ahli-ahli Bersatu apabila Datuk Seri Azmin Ali yang juga ‘orang luar’, diberi jawatan paling kanan dalam kabinet seolah-olah Timbalan Perdana Menteri kerana Muhyiddin sendiri telah berkata bahawa Azmin akan menggantikannya jika beliau tiada dalam negara. 

Ini yang membuatkan ahli-ahli Bersatu terutamanya akar umbi dan pemimpin bahagian semakin ‘bengang’ dan malu kerana seolah-olah dalam parti tidak ada yang lebih layak menjawat jawatan tersebut yang diberikan kepada Azmin yang terpalit isu semburit. 

Jangan lupa juga dengan strategi Tun Mahathir, iaitu pemimpin dalam Bersatu yang menyokong beliau agar memendamkan hasrat dan jangan melompat lagi ketika ini. Sebaliknya hasrat tersebut ditangguhkan sehingga selepas mereka menang PRU-15 kelak atas tiket Perikatan Nasional.

Maka agihan kerusi yang dibuat ketika ini antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional jika ‘tersalah beri’ kepada pemimpin-pemimpin Bersatu yang menyokong Pejuang secara diam-diam yang kemudiannya melompat, akhirnya ‘makan diri’ dan membuatkan kerajaan tetap tidak stabil seperti sedia kala. 

Justeru tidak guna PRU-15 diadakan jika kestabilan negara tidak mampu dicapai, sebaliknya ketidaktentuan dan ketidakstabilan tetap berterusan yang akan membuatkan PRU-16 pula terpaksa diadakan.

Jangan pula sikap berlembut PAS dan berhati-hati UMNO dimanipulasi dan diambil kesempatan oleh Bersatu, yang kini “gelabah mencari dahan berpaut”. 

Maka demi agama, bangsa dan negara, Bersatu wajar berkorban, bukan hanya tahu beretorik dan berpolitik meminta pihak lain berkorban tetapi diri sendiri tidak mahu.

Bak kata anak muda zaman ini, “Sembang kencang bolehlah”. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts