KERAJAAN PKR NEGERI SELANGOR TAHU WUJUDNYA KILANG HARAM DAN TELAH BENARKAN MEREKA BEROPERASI SEJAK 2008

150
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Tadi Menteri Besar Selangor berkata, “Kami sudah beri tawaran untuk mereka (pemilik tanah dan kilang haram) pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak tahun 2008 lagi. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020. Lepas 2020 kami akan ambil tindakan perobohan dan sebagainya.”

Maksudnya:

1. Kerajaan Negeri Selangor sudah tahu adanya kilang-kilang haram di Selangor sejak 2008 lagi.

2. Namun kerajaan negeri termasuk Menteri Besar masih benarkan mereka beroperasi sejak 12 tahun lalu.

3. Dan apabila kejadian pencemaran sungai berlakupun, mereka (kerajaan negeri) masih membenarkan kilang-kilang ini wujud sehingga beberapa bulan lagi tanpa tindakan merobohkannya serta-merta.

Komen saya:

1. Sepatutnya Menteri Besar dan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dan terus merobohkan kilang-kilang haram ini serta merta setelah 12 tahun mereka beroperasi secara haram, bukan beri mereka tempoh lanjutan lagi.

2. Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor takut kepada kilang-kilang haram ini, namun jika rakyat bina rumah atas tanah rizab cepat sahaja mereka ambil tindakan meroboh walaupun rumah gantian tidak tersedia dan rakyat merempat.

KERAJAAN PKR NEGERI SELANGOR TAHU WUJUDNYA KILANG-KILANG HARAM DI SELANGOR DAN TELAH BENARKAN MEREKA BEROPERASI SEJAK…

Posted by Isham Jalil on Wednesday, September 9, 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan