ROBOHKAN KILANG HARAM, PINDAHKAN JAUH DARI PERSISIRAN SUNGAI

411
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

6 September 2020 l 18 Muharram 1442

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menggesa kerajaan negeri Selangor segera mengambil tindakan tegas yang membawa penyelesaian berpanjangan dalam isu pencemaran air sungai agar tidak berulang kembali. Keperitan 1.2 pemegang akaun ekoran pencemaran air sungai disebabkan operasi kilang perlu dibela oleh kerajaan negeri Selangor bagi memastikan negeri Selangor terus dikenali sebagai sebuah negeri berkebajikan sebagaimana terdahulu.

2. Gangguan bekalan air di Selangor dilihat semakin menjadi-jadi terutama bermula tahun 2019 dengan alasan pencemaran yang kerap berlaku. Sepatutnya kerajaan negeri Selangor meningkatkan lagi penguatkuasaan bagi menutup apa sahaja ruang pengkhianatan oleh pihak tertentu kerana kepentingan aktiviti yang dijalankan dan menyediakan pelan alternatif jika berlaku sesuatu yang tidak terjangka.

3. Air merupakan sumber asas dalam kehidupan manusia. Gangguan bekalan air sehingga mengakibatkan ketiadan air berhari-hari adalah satu kesenggaraan dan keperitan buat rakyat terutamanya pada:

i. Perumahan bertingkat seperti rumah flat kerana kepayahan turun naik mengambil air bantuan.

ii. Sektor pendidikan yang melibatkan pengurusan air sewaktu persekolahan kerana murid yang ramai.

iii. Sektor perniagaan yang berorientasikan air sebagai punca utama seperti perniagaan dobi dan kedai-kedai makan.

4. Dalam hal ini, DPPNS memberikan jalan penyelesaian bagi tempoh jangka panjang seperti berikut:

i. Wartakan kawasan tepi sungai dalam selangor sebagai “kawasan tadahan air” yang dilindungi dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti bersifat komersil yang boleh membawa kepada risiko pencemaran air berulang.

ii. Pindahkan kilang dan aktiviti komersil yang berada di persisiran sungai dalam negeri Selangor ke kawasan yang jauh daripada sungai dan pengairan dalam negeri Selangor.

iii. Robohkan semua kilang yang didapati sah menjalankan perniagaan secara haram tanpa permit serta menggantung serta merta lesen bagi kilang yang gagal mematuhi aturan SOP dalam bab pembuangan sisa.

Demi Islam

Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3677439342307344/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts