CEROBOH HUTAN SIMPAN: SEPERTI PENCURI AJAK TUAN RUMAH AGIH HASIL CURIAN SECARA ADIL

444
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Menceroboh hutan simpan atau istilah yang digunakan oleh pekebun – meneroka tanah kerajaan – secara haram tetap merupakan satu kesalahan dan jenayah besar sekalipun jika ada yang memberi alasan kerana tidak terdapat papan tanda iklan yang tertera: “Amaran! Penceroboh Akan Didakwa”, ataupun dengan alasan tidak tahu had sebenar sempadan Hutan Simpan yang diwartakan.

2. Pencerobohan yang sama seperti ini juga berlaku selang beberapa hari tetapi dalam skala terlalu kecil jika dibandingkan dengan di Raub Pahang, iaitu apabila seorang lelaki Melayu ditahan dan dikenakan denda RM6,000 oleh Mahkamah Seksyen atas kesalahan memasuki Hutan Simpan Koh Moi, dekat Sintok, tanpa kebenaran pada 9 Mac lalu.

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/586521/lelaki-didenda-ceroboh-hutan-simpan

3. Anehnya tidak ada rungutan daripada mana-mana pihak, baik dari warga maya (netizen) mahupun dari Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK). Ini kerana menceroboh sudah sedia maklum dan negara telahpun ada peruntukan undang-undang terhadap kesalahan tersebut mengikut Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

4. Persoalannya mengapa setelah pekebun mengaku sendiri sudah lebih 50 tahun menceroboh hutan simpan kerajaan secara haram serta berkebun secara besar-besaran tanpa membayar satu senpun kepada pihak berwajib, baik cukai tanah, cukai hasil pembalakan dan juga cukai hasil tanaman yang melibatkan jutaan ringgit, mengapa tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa? Adakah para penceroboh ini kebal daripada peruntukan undang-undang Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 atau apakah semuanya ada penglibatan kartel antarabangsa?

Rujukan di sini: https://mykmu.net/2020/09/01/kerajaan-berhak-saman-penceroboh/

5. Peliknya bukan sahaja yang terlibat tidak ditahan malah berita melaporkan selepas para pekebun berdemonstrasi dengan memegang plakad gambar Tuanku Yang di-Pertuan Agong khabarnya ada parti politik yang akan membantu membela tuntutan mereka agar diberi perhatian sewajarnya dengan mengambil kira usaha mereka bersusah-payah meneroka tanah haram tersebut dengan menjanjikan penyelesaian yang adil dengan situasi menang-menang oleh semua pihak yang terlibat dengan kerjasama daripada kerajaan negeri bagi memanfaatkan tanah seluas 4400 hektar itu.

Rujukan: https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/pengusaha-musang-king-raub-dapat-perintah-penggantungan-notis/

6. Dan jika kumpulan penceroboh ini tidak dihukum, maka kita ingin bertanya: Adakah jika ada sekumpulan orang Melayu melakukan hal yang sama, mereka juga akan diberi keistimewaan yang sama atau lebih baik daripada itu dengan bersandarkan kepada Perkara 153 dalam Perlembagaan? Atau Keistimewaan Melayu tidak ada kena-mengena dalam soal tanah?

7. Media difahamkan, kumpulan pekebun telah melakukan demostrasi dengan membawa plakad wajah YDP Agong merayu campur tangan istana tanpa sepatahpun laungan “Daulat Tuanku” menuntut kepada kerajaan negeri supaya mereka diberi hak ke atas tanah yang mereka terokai itu dan yang terbaru dilaporkan pihak kerajaan diminta mencari jalan supaya semua pihak terlibat mendapat keputusan situasi menang-menang tanpa mana-mana mengalami kerugian. Permintaan yang tiada langsung sifat malu dan rasa bersalah, bahkan seolah-olah mereka pula dianiaya!

8. Jika dilihat daripada segi keuntungan – jika diambil kira tanah seluas 4400 hektar yang dicerobohi itu berjaya menjana keuntungan sekitar 10 tahun sahaja, keuntungan hasil jualan durian Musang King, mungkin jika dihitung 1 hektar menghasilkan anggaran pendapatan RM90,000 semusim, maka 4400 × 90,000 × (minimum 10 tahun), jumlah keuntungan: RM3,960,000,000.00.

Adakah jumlah sebanyak itu masih tidak cukup untuk membayar denda 55 tahun kerana menduduki secara haram!

9. MUAFAKAT memandang serius perkara ini, pertamanya ia melibatkan tanah yang sangat luas dan keduanya perbuatan menceroboh bertahun lamanya yang seolah-olah sengaja didiamkan. Kebetulan pula terdapat berita yang seakan sama kes tetapi berlainan hukumannya hanya kerana penceroboh adalah seorang bekas tentera Melayu Islam! Adakah tuan sebenar negara ini adalah bangsa Cina keturunan pendatang bawaan British seratus tahun dulu?

10. Bagi MUAFAKAT, mahu dilihat dari sudut mana sekalipun, nanti kita akan dapat lihat siapa yang bodoh terkena dan siapa yang cerdik untung berlebihan dalam keadaan ini?

Perumpamaan permintaan penceroboh haram dan yang menyokong mereka – seperti pencuri yang ‘terkantoi’ dengan tuan rumah, lalu mengajak tuan rumah duduk berbincang dengan cara baik bagaimana hendak mengagihkan barang curiannya itu secara adil dan saksama.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts