BENARKAH ADA SYIAH YANG TIDAK SESAT?

703
SHARES
4.1k
VIEWS

Persoalan timbul apabila ada yang berkata dibolehkan bersolat di belakang Imam yang berpegang kepada fahaman Syiah kerana kononnya Syiah itu sendiri terbahagi kepada beberapa cabang, ada yang sesat dan ada yang tidak sesat.

Jika disorot kembali, fahaman Syiah hanya mengiktiraf Saidina Ali Bin Abi Talib R.Anhu dan keluarganya serta menolak para Sahabat R.Anhum yang lain termasuk Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Umar Al Khattab R.Anhu.

Ada pendapat Nabi SAW juga ditolak oleh Syiah kerana disifatkan Saidina Ali Bin Abi Talib R.Anhu adalah individu yang sepatutnya menerima wahyu daripada malaikat Jibril A.S dan bukannya Baginda SAW.

Maka secara automatik fahaman Syiah adalah sesat walaupun mereka tidak mengiktiraf hanya seorang Sahabat R.Anhu dan tidak perlu dipertikaikan lagi kesahihan solat di belakang mereka.

Ini kerana Allah Taala memberi jaminan dalam Al Quran, Allah Taala telah redha akan semua Sahabat R.Anhum dan para Sahabat R.Anhum juga telah redha dengan Allah Taala. Allah Taala juga tidak akan murka kepada mereka selama-lamanya.

Justeru, kita tidak perlu lagi bersusah payah hendak mengkaji cabang-cabang Syiah tersebut dalam mencari mana yang sesat dan mana yang tidak kerana jelas sesiapa sahaja yang menolak para Sahabat R.Anhum, maka itulah yang menjadikan mereka sebagai sesat.

Tidak perlu mengkaji amalan-amalan Syiah yang lain yang bertentangan dengan agama kerana prinsip asas Syiah terhadap Sahabat R.Anhum sudah cukup jelas.

Kesimpulannya jika ada yang bertemu dengan mereka yang mengiktiraf semua Sahabat R.Anhum dan bukannya hanya Saidina Ali Bin Abi Talib R.Anhu dan keluarga, maka jelaslah individu tersebut bukan berfahaman Syiah. Maka tiada masalah untuk solat berimamkan beliau.

Begitu juga sebaliknya jika kita tahu individu atau kumpulan tertentu yang menolak para Sahabat R.Anhum, cari sahaja Imam lain untuk solat berjemaah.

Namun tidak perlu kita membuka aib sesiapa dengan mencanang bahawa si polan si polan adalah sesat, cukup dengan hanya meninggalkan mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts