3 PERKARA JIKA DILAKUKAN BERSATU, MUNGKIN RAKYAT BOLEH “BUAT-BUAT LUPA” MEREKA PERNAH BERSEKONGKOL DENGAN DAP

733
SHARES
4.3k
VIEWS

Pilihan Raya Umum ke-15 semakin dekat. Mesyuarat demi mesyuarat juga sudah semakin kerap. Jika lambat lagi sekalipun sekurang-kurangnya semua pihak sudah bersedia. 

Bagi Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka kelihatannya masih terkial-kial ‘mencari dahan’ untuk berpaut.

Ini kerana masalah dalaman Bersatu masih belum selesai iaitu isu akar umbi keluar parti menyertai Pejuang masih berlaku, cuma ketika ini ia senyap seketika kerana kedua-dua parti sedang mencuba strategi masing-masing.

Selain itu, beberapa pemimpin Bersatu yang menyokong parti Pejuang secara senyap-senyap lebih gemar memilih lompat parti setelah menang PRU kelak berbanding melompat awal, kerana bagi mereka sama sahaja – Pejuang adalah Bersatu dan Bersatu adalah Pejuang. 

Itu belum masalah agihan kerusi yang dilihat umum bahawa Bersatu tidak sedia mengorbankan kerusinya sendiri demi agama, bangsa dan tanahair, sebaliknya asyik menuntut pihak lain mengorbankan kerusi mereka. 

Selain itu rakyat juga masih memerhati Bersatu dengan penuh curiga kerana sebelum ini mereka pernah bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan. Ada juga beberapa pemimpin mereka yang kecenderungan mereka masih diragui, apatah lagi setelah pasukan Azmin daripada PKR menyertai Bersatu baru-baru ini. 

Namun ada tiga perkara jika dibuat oleh Muhyiddin dan Bersatu maka keraguan orang Melayu terhadap mereka akan berkurangan walaupun tidak sepenuhnya.

Malah kepercayaan terhadap Bersatu juga mungkin meningkat, yang amat bagus buat Muhyiddin dan Bersatu jika PRU-15 diadakan tidak lama lagi.

Tiga perkara tersebut ialah;

1. Zahirkan rasa bersalah dan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana pernah bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan ‘menjarah’ pelbagai harta dan aset negara serta umat Islam 

2. Laksanakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat sepenuhnya Tabung Haji dan lain-lain harta dan aset negara yang terjual

3. Dapatkan kembali harta dan aset negara serta umat Islam yang telah terlepas, jika perlu sehingga bekukan akaun, batalkan perjanjian, saman dan apa jua sekalipun, Muhyiddin perlu lakukannya dengan segera bukannya ‘senyap’ tanpa apa-apa tindakan seperti sekarang

Justeru jika tiga perkara ini tidak dilakukan segera sebelum PRU-15, maka keikhlasan Muhyiddin dan Bersatu berjuang demi menjaga kepentingan Islam dan Melayu masih boleh diragui, apatah lagi kini parti tersebut membuka ruang kepada bukan Melayu dan Islam.

Rakyat juga masih takut kerana tiada jaminan apabila sudah undi dan Bersatu menang kelak, bila-bila masa sahaja mereka boleh melompat kembali menyertai Pakatan Harapan.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts