MUHYIDDIN MEMBANTU RAKYAT – TANGGUNGJAWAB ATAU “CASH IS KING”?

647
SHARES
3.8k
VIEWS

Setiap kerajaan di seluruh dunia wajib membantu rakyatnya dan sesetengah daripadanya menjadikan agenda membantu rakyat ini sebagai manifesto mereka demi kehidupan yang lebih baik. 

Sesetengah negara membantu rakyatnya keluar dari kemelut kemiskinan dengan pelbagai bantuan sara hidup sama ada melalui wang tunai, pemberian baucer dan kupon, termasuk agihan alatan dan keperluan – mengikut kemampuan negara masing-masing. 

Pemberian secara bersasar juga diberikan mengikut taraf kehidupan rakyatnya dan amalan ini bukanlah rasuah kepada rakyat kerana ini merupakan tanggungjawab hakiki sesebuah kerajaan. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan dilihat berjaya membawa negara keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 dengan cukup baik dan berkesan, yang dipuji ramai termasuk negara luar dan WHO. 

Namun ini adalah semata-mata bagi menunaikan tanggungjawab beliau yang telah diamanahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepadanya. 

Ini kerana kerajaan YDP Agong dan rakyat jelata di bawah naungan baginda ini wajar dipelihara dan dijaga sebaik mungkin oleh seorang Perdana Menteri yang diwakilkan oleh baginda. 

Tetapi di zaman Pakatan Harapan, pemberian dan bantuan terhadap rakyat ini digelar sebagai rasuah dan “cash is king” bagi menunjukkan wang ‘ditaburkan’ untuk ‘merasuah’ rakyat agar menyokong kerajaan. 

Inilah juga yang sedang dilakukan oleh Muhyiddin dan kerajaannya, malah dilakukan juga oleh kerajaan di seluruh dunia kerana ia merupakan tanggungjawab setiap kerajaan. 

Hakikatnya kerajaan Barisan Nasional sebelum ini juga hanya menjalankan tanggungjawab mereka membantu rakyat, bukannya “cash is king“. 

Apabila sudah menjadi Perdana Menteri mungkin Muhyiddin baru faham makna sebenar “cash is king“. 

Alhamdulillah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts