RAIS YATIM: DULU, KINI DAN SELAMANYA

954
SHARES
5.6k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Tan Sri Rais Yatim yang baru dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-17, bagi menggantikan Tan Sri S.A. Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lepas.

Menurut Puad, Rais bukan dulu, kini dan selamanya dalam mana-mana parti sebaliknya “Dulu, kini dan selamanya kaki bodek” – kerana beliau pandai ‘survive‘ dalam setiap pentadbiran Perdana Menteri sejak zaman Tun Mahathir. 

Bukan dulu, kini dan selamanya UMNO, atau Semangat 46, atau balik semula UMNO, atau BERSATU atau Perjuangan.” 

“Tetapi dulu, kini dan selamanya kaki bodek.”

“Sebab itu zaman Mahathir dia Menteri, Zaman Pak Lah dia Menteri, Zaman Najib dia Menteri, Zaman Bersatu-Mahathir dia Presiden UIA dan Zaman Bersatu-Muhyiddin dia Presiden Dewan Negara.” 

“Rais Yatim Hidup! Bukan Hidup Rais Yatim! Rais adalah “Ikon bodek sepanjang zaman”. Kerana jambatan tidak terbakar-bakar.” 

Sebagai rekod, persidangan hari pertama Dewan Negara menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul Perdana Menteri yang mencalonkan Rais manakala Senator Dr. Ahmad Azam Hamzah pula mencadangkan Senator Mohd. Yusmadi.

Rais juga berkata tiada keperluan beliau meletakkan jawatan dalam Bersatu, sama seperti Vigneswaran yang tidak meletakkan jawatan dalam MIC. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts