DAP BERIYA BELA PENEROKA TANAH HARAM, TETAPI ASET TABUNG HAJI ‘SELAMBA DIJARAH’

557
SHARES
3.3k
VIEWS

1. Pekebun durian atau lebih tepat peneroka haram tanah kerajaan termasuk rizab Melayu yang khuatir diusir, berkumpul di pasar Sungai Klau di Raub, Pahang bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong

Rujuk; www.malaysiakini.com/news/539831

2. Gesaan tersebut juga dibuat dalam sidang media yang dianjurkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Tras Chow Yu Hui dan kumpulan yang menamakan diri mereka Perikatan Selamatkan Musang King (Samka).

3. Siapa Chow Yu Hui? Beliau merupakan ADUN DAP yang biadap mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Pahang mewajibkan tulisan jawJ pada papan tanda perniagaan.

Rujuk; www.sinarharian.com.my/ampArticle/95084

4. DAP ingin menjadi juara dalam isu penerokaan tanah haram di Raub bagi tanaman durian Musang King dan memohon bantuan YDP Agong, tetapi dalam isu tulisan Jawi, sanggup pula melawan Kerajaan Negeri Pahang, negeri bersemayamnya YDP Agong

5. Peneroka haram ini sepatutnya mencari orang lain membantu mereka bukan pembenci tulisan Jawi seperti Chow

6. Bagi DAP pula, jelas hipokrit mereka kononnya membela semua bangsa sedangkan baru berkuasa sedikit, harta dan aset Melayu Islam ‘dirompak’ secara terang-terangan, melalui ‘tangan-tangan ghaib’ di Kementerian Kewangan.

7. Ketika hanya 22 bulan memegang kuasa, sebegitu banyak harta dan aset Tabung Haji ‘selamba’ dijarah tanpa segan silu

8. Dalam isu penerokaan haram di Raub ini, baru ‘terkena’ pengundi mereka sedikit itupun mereka tetap melanggar undang-undang, tetapi DAP sudah ‘melenting’, konon mahu bela nasib pekebun, hakikatnya hanya ingin menonjol menjadi ‘hero’ 

9. Itulah sikap _’double standard’_ DAP, dusun haram dibela sebegitu rupa, tetapi Tabung Haji milik orang Islam dijarah sesedap hati, dijual kepada kroni dengan harga jauh di bawah harga pasaran

10. Bayangkan kalau harta mereka dijarah, ladang mereka dijual murah, bangunan dan hotel mereka ditukar milik seperti yang umat Islam di negara ini diperlakukan, ketika itu entah kepada siapa DAP akan ‘melolong melalak’ meminta tolong

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts