MUHYIDDIN WAJAR “PERTAHAN KEBENARAN” DENGAN WUJUDKAN RCI TABUNG HAJI

693
SHARES
4.1k
VIEWS

1. Sehingga kini masih belum kedengaran mengenai cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dan mengenal pasti salah laku Tabung Haji selama 22 bulan Pakatan Harapan berkuasa – seperti gesaan oleh pelbagai parti politik dan NGO

2. Yang kedengaran hanyalah kemungkinan RCI akan dibuat, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Agama Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri, namun masih belum tahu hujung pangkalnya

3. Yang kedengaran hanyalah Zulkifli berkata di Parlimen bahawa kerajaan hanya akan menimbangkan “Penubuhan Jawatankuasa Petugas KHAS” bukannya RCI bagi mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) – Itupun “jika hanya ada keperluan”. Rujuk; https://editormalaysia.com/16083/

4. Yang kedengaran hanyalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dirinya dipecat kononnya kerana “pertahan kebenaran”. Rujuk; https://editormalaysia.com/16728/

5. Yang kedengaran hanyalah kata-kata Muhyiddin mengenai pertahan kebenaran versi retorik politik tersebut iaitu, “Yang benar tetap benar, yang batil tetaplah batil”

6. Justeru demi pertahan kebenaran, Muhyiddin dan kerajaannya jangan berdolak-dalik lagi dan wajar menyegerakan RCI – demi menegakkan dan menunjukkan” yang benar tetap benar dan yang batil tetaplah batil”

7. Jangan asyik hendak bernostalgia dipecat daripada UMNO jika RCI Tabung Hajipun tidak terbuat lagi. “Tidak mungkin saya (Muhyiddin) membenarkan kebatilan bilamana saya berada semula dalam kerajaan” – maka “walk the talk“, seperti yang beliau sendiri cakapkan.

Jangan pula takut hendak pertahan kebenaran apabila melibatkan Tabung Haji. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts