JANGAN ABAI BAHASA MELAYU DALAM MENGIKTIRAF UEC

355
SHARES
2.1k
VIEWS

“Kita boleh pertimbang apa jua pun seperti mana wujudnya sekolah Arab yang boleh diiktiraf tetapi kita tidak boleh abaikan bahasa Melayu dan penguasaan bahasa itu dalam mana sistem pun.”

“Kalau begitu, Menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR yang juga bakal Perdana Menteri kelapan dalam mengulas isu kerajaan ingin mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Beliau bertegas mengenai soal bahasa Melayu yang tidak boleh diabaikan dalam isu pengiktirafan UEC dan menurut Datuk Seri Anwar, ketetapan bahasa Melayu sebagai tunjang dalam dasar pendidikan tidak boleh ditolak ansur dalam apa jua keadaan.

Namun beliau percaya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik cukup berwibawa untuk menyelaraskan segala isu-isu yang berbangkit berhubung isu tersebut. Malah tokoh pendidikan Cina turut memberi jaminan isu bahasa Melayu bukan satu masalah bagi mereka.

Cuma tidakkah Dasar Pendidikan Negara akan menjadi bahan jenaka apabila kerajaan mengiktiraf satu lagi sistem pendidikan yang diambil daripada sukatan pendidikan Taiwan tanpa melalui penilaian akreditasi ataupun kajian yang kebiasaannya memakan masa bertahun untuk diselaraskan dengan sistem pendidikan negara?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts