ADA APA DENGAN KERUSI DAN LAMBANG?

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Negara bakal menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi. Dijangkakan sebelum hujung tahun ini atau seawal tahun hadapan.

Bilapun tarikhnya, isu pengagihan kerusi pasti akan dimuktamadkan, termasuk juga isu penggunaan lambang parti ketika PRU kelak.

Isu pengagihan kerusi lebih kritikal untuk diselesaikan apatah lagi melibatkan pertindihan ‘kerusi lompat’. Sebagai contoh kerusi Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut yang dimenanginya atas tiket UMNO sebelum ini tetapi beliau kini bersama Bersatu.

UMNO tentu tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kerusi tersebut adalah ‘kerusi tradisi UMNO’ dan bukan ‘kerusi tradisi Hamzah’ – belum pernah lagi setakat ini kerusi tradisi di’warta’kan sebagai kerusi individu.

Jika parti lain dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional sukar untuk memahami isu ini, mudah sahaja jika ia dinisbahkan kepada parti masing-masing. Apakah perasaan mereka jika Ahli Parlimen mereka yang telah melompat parti tetapi ‘merujuk’ kembali melalui perikatan lain, ‘demand‘ ingin kekal bertanding atas parti yang beliau telah lompat sebelum ini? Tentu mereka juga tidak mahu berikan.

Jika alasan kononnya jangan ego, wajar rendahkan diri demi agama, bangsa dan negara, kenapa mereka yang berkata itu tidak mahu korbankan kerusi mereka sendiri demi agama, bangsa dan negara?

Kerana itu orang tua-tua pernah berkata, cakap itu mudah, tetapi diri sendiri hendak laksanakan apa yang dicakapkan itu sangat susah. Perumpamaan Barat kata “walk the talk” – bukan asyik menuding jari meminta orang lain yang buat sebaliknya diri sendiri enggan.

Isu lambang pula isu kecil, jika tidak boleh selesaikan isu ini segera, gunakan sahaja lambang masing-masing. Barisan Nasional kekal dengan lambang dacing, manakala Perikatan Nasional kekal dengan lambang mereka, itupun jika ada dan sempat siap sebelum PRU-15 – di mana lambang yang tular dan dijangka dilancarkan di Sabah telah ditangguhkan.

Isu lambang mudah sahaja diselesaikan, apa yang penting, selepas PRU-15 masing-masing kekal dengan kerjasama bermuafakat, jangan pula ada yang menjadi ‘Kuda Trojan’, melompat selepas menang.

Jika berjaya guna satu lambang tetapi tetap melompat, apa gunanya? Jika beri kerusi tetapi melompat lagi tidak berguna. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts