KU LI: HANYA BERI PANDANGAN DAN NASIHAT, BUKAN KRITIK ATAU CAMPUR URUSAN PARTI LAIN

54
SHARES
597
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata bahawa beliau hanya memberi pandangan dan nasihat sesuai dengan jawatannya dalam UMNO selaku Pengerusi Jemaah Penasihat dan bukannya mengkritik atau mencampuri urusan parti lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Saya kena jawab sebab dilantik sebagai penasihat, kecuali kalau tak nak bagi saya jadi penasihat lagi, saya boleh berhenti nasihatlah.”

“Saya tak kritik, saya ulang saya tak kritik sesiapa. Saya tak campur urusan parti lain, (sebaliknya) saya hanya bagi pandangan ahli UMNO yang menemui saya.”

Apa guna duduk situ. Itu pandangan orang bawah yang saya sampaikan dan ada orang tiada jawatan dalam partipun ada kedudukan tinggi.” 

“Orang kita yang ada pegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam partipun tiada ada kedudukan (dalam Kabinet), seolah-olah begitulah.” 

Justeru, sesuai dengan kedudukan dan ‘autoriti’nya menasihati UMNO, maka benarkan Ku Li memberikan pandangan dan nasihat yang memberi manfaat untuk UMNO.

Sama juga seperti YB Budiman Mohd Zohdi memberi penjelasan bahawa Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung bersama Muafakat Nasional, beliau merupakan “pihak yang berautoriti bagi menjawab isu-isu berbangkit mengenai Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional”. 

Ku Li hanya melaksanakan autoritinya sebagai penasihat dan beliau juga menjelaskan bahawa hanya menyampaikan pandangan ‘orang bawah’.

Ini yang sepatutnya ‘orang atas’ seperti Annuar dan pimpinan tertinggi UMNO wajar  mengkaji dan memperhalusinya demi kepentingan ‘orang bawah’.

Tetapi jika ‘orang atas’ tidak mahu menerima seadanya pandangan dan nasihat seorang pengerusi yang dilantik bagi jemaah penasihatnya, maka seperti kata Ku Li;

Apa guna duduk di situ (sebagai penasihat UMNO).

Semua pihak sewajarnya berlapang dada menerima pandangan dan nasihat daripada sesiapa jua, demi perjuangan yang lebih utama iaitu memartabatkan agama, bangsa dan tanahair, bukan demi kepentingan kuasa masing-masing. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan