SYED SADDIQ TOLAK ‘POLITIK TUA’ – BAHAGIAN 2

620
SHARES
3.6k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Adakah Syed Saddiq baru nampak Tun Mahathir mengamalkan ‘politik tua’ sebab itu dia tinggalkan Mahathir dan tubuh parti baru?

Untuk kekal relevan, setiap parti politik mesti ada ‘agenda perjuangannya’.

Agenda perjuangan akan menyebabkan ia disokong oleh akar umbi. Itu punca sesebuah parti ada akar umbi.

Maka ‘agenda perjuangan’ dan ‘akar umbi’ adalah dua faktor yang saling berkaitan untuk survival parti.

Parti akan hidup disokong rakyat jika pemimpinnya kekal dengan agenda perjuangan.

Jika rakyat taksub kepada populariti pemimpin bukan perjuangannya, parti akan lemah. Itu yang akan menimpa parti Pejuang.

Anwar Ibrahim bekas Presiden ABIM adalah tokoh belia Islam yang amat popular. Tetapi dia tidak berani buat parti baru.

Dia memilih ‘akar umbi’ UMNO bukan ‘akar umbi’ PAS untuk meneruskan idealismenya.

Walaupun bermula muda, akhirnya Anwar juga mangsa kepada ‘politik tua’ Tun Mahathir.

Sebab itu apabila Syed Saddiq mahu tubuh parti baru dengan mengumpulkan beberapa ikon dan selebriti, timbul tanda soal?

Adakah Syed Saddiq mahu menggunakan politik ‘populis’ apabila menubuhkan parti baru tersebut?

Tanpa agenda perjuangan, tanpa akar umbi dan bersikap populis ia adalah politik tua walaupun didokong oleh orang muda.

Apapun tahniah Syed Saddiq kerana berani tinggalkan Mahathir. Rakyat mula tinggalkan Mahathir setelah 100 hari berkuasa.

Rujuk artikel “SYED SADDIQ TOLAK ‘POLITIK TUA’ – BAHAGIAN 1” di pautan;

https://editormalaysia.com/16683/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts