DAP CUBA JADI JUARA MORATORIUM?

411
SHARES
2.4k
VIEWS

Kerajaan melalui pelan PRIHATIN PKPP sudah mengumumkan perlaksanaan moratorium bersasar, maknanya ada lagi moratorium tetapi hanya diberikan kepada pelanggan dan perniaga di dalam sektor yang terjejas sahaja.

Seperti yang dimaklumkan pada hari Sabtu dan Ahad, iaitu 5 hingga 6 September ini Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula membuka kaunter RAC (Repayment Asistance Clinic) di PWTC bersama semua bank-bank dan institusi kewangan seluruh negara untuk membantu syarikat dan pelanggan yang terjejas secara bersasar.

RAC adalah tempat khidmat nasihat terus dari BNM dan institusi kewangan yang mengambil bahagian bagi mendapatkan bantuan serta pelaksana moratorium dan juga pengstrukturan semula pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan, mengapa perlu ada pusat aduan DAP sedangkan pelanggan boleh sahaja terus mengadu terus kepada BNM.

Apa lagi yang DAP ingin cuba lakukan, kenapa mahu menjadi juara isu yang sudah ada penyelesaian? Adakah pengadu-pengadu tertentu lebih selesa menggunakan saluran politik terutama DAP dari terus kepada bank atau BNM sendiri dan persoalan lebih kuat lagi, siapakah pengadu-pengadu mereka itu?

Adakah DAP ingin membantu peniaga-peniaga tertentu di pasaran gelap, kelab malam dan pub yang terjejas teruk namun tidak mendapat perhatian kerajaan, lalu mendesak kerajaan untuk ‘pukul rata’ dengan memberi moratorium lagi 6 bulan kepada semua?

Sepatutnya bekas Menteri Kewangan tahu akibat dan kesan jika moratorium lagi 6 bulan diberikan, sedangkan moratorium yang sekarang sahaja sudah teruk memberi kesan kepada ekonomi negara sehingga mencatatkan penurunan pendapatan hampir semua industri kewangan negara.

Saya rasa pelik dengan desakan ini, sedangkan beliau adalah mantan Menteri Kewangan yang sepatutnya tahu betapa ‘sakit’nya ekonomi dan institusi kewangan negara ketika ini dalam membantu kerajaan menangani wabak pendamik Covid-19 bersama.

Oleh Shehdi Hazrik Shamsudin

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts