BARISAN NASIONAL SAH MENANG DI PRK SLIM, MAJORITI 10,945

38
SHARES
427
VIEWS

Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil Slim dimenangi oleh calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz, 43 dengan majoriti 10,945 undi.

Keputusan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lepas dimenangi oleh Barisan Nasional dengan 8,327 undi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mendapat 6,144 undi dan PAS 4,103 undi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Barisan Nasional sebelum ini yakin dapat memperoleh sekitar 14,000 undi yang kini berjaya direalisasikan.

Semoga Barisan Nasional melalui Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dapat mengharungi misi yang lebih besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan penuh muafakat demi agama, bangsa dan tanahair.

In sha Allah. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan