PANDANGAN KU LI MENGENAI AGIHAN KERUSI, MUAFAKAT NASIONAL DAN BERSATU

632
SHARES
3.7k
VIEWS

Beberapa pandangan bernas dan menarik oleh YB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li di laman Facebook beliau – mengenai UMNO, Muafakat Nasional dan Bersatu termasuk mengenai agihan kerusi dan pengorbanan demi orang Melayu dan Islam di negara ini. 

24 Julai

“Benda ini tidak pernah bincang. Tetapi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang saya hadir baru-baru ini, ramai menyuarakan pendapat bahawa kita tidak pernah ada hubungan dengan Bersatu.” 

“Dan kerusi-kerusi ini masih dianggap kerusi UMNO. Pagoh, Muar, Langkawi. Itu semua kerusi UMNO. Kerusi Jerlun pun…” 

23 Julai

“Harapan saya ialah supaya mereka sedar. Kalau mereka kasih dan sayang kepada rakyat Melayu dan masa depan parti sendiri maka pengorbanan mesti dilakukan oleh mereka yang bersifat cacat dari segi pemandangan rakyat.” 

“Kalau tidak, kita tidak ke mana. Pengorbanan itu penting, dalam agamapun dituntut kepada pengorbanan, dalam masyarakat kitapun ada pengorbanan.”

Rujuk;

https://www.utusan.com.my/rencana/2020/07/tolak-manifesto-bulan-bintang/

22 Julai

“Kita bukan sahaja mesti bertindak melayan tuntutan ahli UMNO, tetapi orang Melayu seluruhnya termasuk di luar UMNO.”

13 Julai

“Apa yang nak dibincangkan lagi.. tu semua kerusi UMNO.. tak ada apa nak bincang-bincang dah…”

Kredit video: Malaysia Gazette, di pautan;

https://www.facebook.com/125107607535492/posts/3078573342188889/

3 Julai

“Bersatu tak sepatutnya adapun (dalam kemungkinan itu). Mereka (ahli parti UMNO) berasa bahawa ia (kerjasama) harus berlaku hanya dalam kalangan Muafakat (Nasional) – PAS, UMNO dengan rakan-rakan tradisi BN, (iaitu) MCA dan MIC. Begitu, barulah anda tidak akan ada masalah agihan kerusi.”

3 Julai

“Pemimpin-pemimpin masa lalu, harus bersiap sedia untuk berkorban, beri ruang untuk muka-muka baru yang bersih.”

Justeru pelbagai pandangan bernas yang ringkas dan tegas oleh Ku Li yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO ini wajar diperhalusi oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Beliau bukan sahaja veteran dalam parti dan berpengalaman dalam politik negara malah mampu membawa sinar baru buat UMNO yang perlu menyaingi pengaruh Muhyiddin melalui Bersatu yang kini sebelah kaki dalam Muafakat Nasional dan sebelah kaki lagi dalam Perikatan Nasional.

UMNO sewajarnya lebih menonjolkan Ku Li selepas ini terutamanya dalam soal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangkakan akan berlaku tidak lama lagi. 

Ketegasan beliau dalam soal agihan kerusi juga wajar diambil kira kerana menurut beliau kerusi UMNO ini tiada tukar gantinya dan mana-mana kerusi yang ditandingi dahulu tetap kepunyaan UMNO termasuk di Langkawi, Jerlun dan lain-lain termasuk di Pagoh sendiri.

Ku Li juga berpandangan suasana politik negara sudah berubah dan PRU-14 lepas tidak boleh dijadikan kayu pengukur, malah beliau amat positif UMNO akan dapat merampas kembali kerusi-kerusi yang kalah sebelum ini, dengan izin Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts