SYED SADDIQ CADANG TUBUH PARTI BAHARU KERANA TIDAK PERCAYAKAN MAHATHIR DAN PEJUANG?

560
SHARES
3.3k
VIEWS

Kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Armada Bersatu memberi alasan beliau tidak menyertai parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir seolah-olah membayangkan parti Pejuang tidak membawa aspirasi anak muda, sehingga beliau terpaksa menubuhkan parti yang lain khusus untuk anak muda.

Parti yang berlandaskan had usia tertentu seperti ini sebenarnya tidak praktikal, apatah lagi jika ia berlandaskan kekecewaan dan bukannya perjuangan yang sebenar. Ini hanya menunjukkan Syed Saddiq  mungkin kecewa dengan Tun  Mahathir selama ini sehinggakan  beliau yang masih mentah dalam politik ini terpaksa menubuhkan parti lain.

“Perkara pertama, tidak kira apa yang berlaku, saya masih lagi menghormati dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, dan itu tidak akan berubah. Saya tahu partinya berada di landasan yang benar dan beliau ikhlas berjuang.” – ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang berlaku dan Syed Saddiq tidak berpuas hati tetapi tetap menghormati Tun Mahathir.

Walaupun parti Mahathir ini “berada di landasan yang benar” dan “beliau (Mahathir) ikhlas berjuang”, ia tetap tidak memberikan keyakinan untuk Syed Saddiq menyertainya.

Kata-kata beliau ini sama seperti yang ditujukan kepada parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin di mana Syed Saddiq tetap menghormatinya. 

“Pada masa sama, saya masih lagi menghormati Muhyiddin (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana beliau yang membawa saya masuk ke dalam bidang politik dan saya akan terus menyokongnya.”

“Namun, saya rasa, sudah tiba masanya untuk pemimpin muda yang menyertai BERSATU sebelum ini, yang disingkirkan atau dipecat oleh parti diberi peluang kedua.” – Namun kenapa bukan Pejuang menjadi pilihan?

Mungkin Syed Saddiq baru sedar parti Pejuang berteraskan ‘elitisme’ yang hanya sesuai untuk golongan atau kumpulan elit tertentu sahaja, di mana aspirasi anak muda yang idealistik sepertinya sering dipinggirkan demi memenuhi kehendak dan kemahuan golongan elit dan kroni Tun Mahathir.

Syed Saddiq juga sedar parti Pejuang Tun Mahathir ini tidak mendapat sokongan golongan muda sepertinya, maka beliau terpaksa menubuhkan parti yang lain.

Jelas tindakan Syed Saddiq ini menunjukkan parti Pejuang bukanlah seperti yang Mahathir katakan kerana anak muda seperti Syed Saddiq yang menjadikannya sebagai idola dan mentor juga menolaknya.

Mungkin juga akronim Pejuang bertepatan dengan maknanya yang menjadi gurauan ramai iaitu “Parti Elit, Jutawan, Anak-anak & Geng-geng”. 

Jangan harap anak muda ada ruang memberikan idea di sana.

Aduhai Pejuang. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts