SPRM SIASAT 101 PROJEK ‘DIRECT NEGO’ BERNILAI RM6.61 BILION

937
SHARES
5.5k
VIEWS

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat memorandum yang dibuat oleh beberapa NGO berkaitan 101 projek atau perolehan kerajaan yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Pihak SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek terlibat dan akan membuat kajian menyeluruh sama ada terdapat elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu dalam penganugerahan 101 projek atau perolehan kerajaan tersebut.

Lim Guan Eng secara tidak langsung juga telah mengaku di Parlimen bahawa berlakunya pemberian tersebut namun mengatakan ia dibincang dan dilaksanakan melalui kabinet, namun dinafikan serta merta oleh bekas Menteri Pakatan Harapan sendiri iaitu Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Mohd Harun – sekaligus menunjukkan cubaan Guan Eng menyembunyikan perkara tersebut daripada diketahui umum dengan membuat kenyataan tidak benar di Parlimen.

Guan Eng dan DAP serta pihak Pakatan Harapan juga sudah mula ‘membuat cerita’ kononnya kerajaan Barisan Nasional sebelum itu turut menganugerahkan projek bernilai berpuluh bilion ringgit melalui rundingan terus, tetapi persoalannya kenapa selama 22 bulan memerintah  mereka tidak pernah membangkitkan perkara tersebut? 

Justeru mana-mana rundingan terus yang berlaku dan mempunyai unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa wajar disiasat sepenuhnya agar tiada sesiapa yang terlepas.

Apa yang Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan tidak faham ialah jika wujud sebarang salah laku dalam projek rundingan terus yang dianugerahkan, tidak kira berapapun jumlahnya ia tetap satu kesalahan dan wajar dikenakan hukuman. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts