SEMUA PARTI SALING BEKERJASAMA DAN BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

558
SHARES
3.3k
VIEWS

Maksud berkorban ini bukan bererti hanya meminta salah satu pihak sahaja yang melakukan pengorbanan. Terutamanya pengorbanan demi agama, bangsa dan tanahair ini wajar dilakukan oleh semua.

Contohnya jika PAS atau UMNO sahaja yang korbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada Bersatu tetapi Bersatu sendiri tidak mahu meneladani pengorbanan dua parti Melayu Islam terbesar negara ini maka itu namanya ‘dikorbankan’.

Apatah lagi ketika ini Bersatu sendiri masih dalam bahaya kerana pecahan Bersatu mewujudkan Pejuang, yang dibarisi dan diketuai oleh ahli politik tertua dan terlicik negara iaitu Tun Mahathir. Jika PAS dan UMNO berkorban mana-mana kerusi untuk diagihkan kepada Bersatu, kebarangkalian untuk mereka melompat selepas menang PRU-15 ke parti Pejuang Mahathir masih wujud. 

Justeru jika wujud ketidaksediaan UMNO atau PAS menyerahkan kerusi tradisi terutamanya yang dimenangi mereka pada PRU-14, ini bukan lambang ego ataupun besar diri, apatah jauh sekali ‘demand‘ kerana itu sememangnya hak mereka yang perlu ditunaikan. 

Jika tiada penyelesaian, Bersatu boleh juga menyerahkan kerusi yang dimenangi mereka kepada PAS atau UMNO agar kemelut agihan kerusi dapat diselesaikan. Apa yang penting ialah penyatuan ummah.

Jika ada pemimpin atau penyokong-penyokong Bersatu tidak bersetuju dan marah dengan saranan agar mereka berkorban kerusi yang dimenangi ketika PRU-14 walaupun ia demi agama, bangsa dan tanahair, maka sebegitulah keengganan PAS dan UMNO yang sepatutnya mudah difahami semua – bukan kerana mereka ego atau berkeras tidak kena tempat.

Justeru, semua parti wajar berjiwa besar demi menyatukan ummah agar negara tidak terlepas sekali lagi ke tangan ‘musuh-musuh Islam’ yang sentiasa mencari jalan menjarah aset dan harta umat Islam serta menggadai keharmonian kaum yang telah dipupuk sejak sekian lama. 

Jika perlu, mungkin juga wajar untuk mana-mana pihak memainkan peranan penting menjadi orang tengah atau pendamai antara semua parti berteraskan Melayu Islam agar tidak berlaku pertembungan tiga penjuru yang merugikan kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts