JIKA LIM LIT SIANG SPEAKER DEWAN RAKYAT, SAH PM DIPERKUDA DAP

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Satu perhimpunan akan diadakan pada 16 Julai ini oleh NGO Pemantau Malaysia Baru bagi membantah ‘pemerintahan DAP’ yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai simbolik hilangnya hak YDP Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab baginda mempertahankan Islam dan kepentingan bangsa Melayu.

Presidennya, Lokman Noor Adam berkata bantahan itu akan diadakan di kawasan parkir Bukit Aman sempena keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke majlis angkat sumpah anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Lokman dalam kenyataan mendakwa tindakan DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sudah semakin menampakkan kejayaan, bermula dengan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Sebagai rekod, Tetuan Gobind Singh Deo & Co. adalah firma guaman yang sebelum ini mewakili dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang didakwa atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang kemudiannya dibantah oleh pihak pendakwaan agar dikecualikan atau dilarang mewakili kedua-dua tertuduh dengan alasan firma berkenaan telah mewakili dua tertuduh lain di Mahkamah Majistret yang akan menjadi saksi utama kes ini.

Kemudian Tan Sri Richard Malanjum pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara di mana beliau merupakan hakim yang membenarkan kes murtad Lina Joy pada 2007 dan merupakan salah seorang daripada tiga hakim pada yang telah mengundi untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald.

“Kalau umat Islam masih buta dan tidak nampak kebinasaan kepada agama Islam, kepentingan Melayu, tanahair dan kedudukan Raja-raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan.

Namun semua ini hanya prasangka dan belum dapat dipastikan apatah lagi Tan Sri Richard juga layak kerana beliau adalah hakim yang paling kanan daripada semua hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan selain apabila kali pertama dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi Kuching, terdapat lambakan kes namun kesemua kes tertunggak tersebut berjaya diselesaikan dalam masa sebulan dan Lim Guan Eng serta Gobind adalah Ahli Parlimen berpengalaman.

Namun sekiranya selepas ini Lim Kit Siang dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat, sah-sahlah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang diperkuda oleh DAP.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts