SELAIN ‘DIRECT NEGO’ RM6.61 BILION, APA LAGI SALAH LAKU GUAN ENG YANG AKAN TERDEDAH SELEPAS INI?

904
SHARES
5.3k
VIEWS

Baru lima bulan Pakatan Harapan tumbang, satu persatu salah laku Guan Eng dan Tony Pua yang menjijikkan ketika di Kementerian Kewangan terdedah. Kali ini  101 projek yang diberikan secara ‘direct nego‘ atau runding terus bernilai RM6.61 bilion didedahkan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menggemparkan Parlimen hari ini.

Guan Eng pula mengaku ia diberi secara runding terus dan bukan tender terbuka, namun cuba lagi menipu dengan mengatakan kesemua projek tersebut diberikan melalui kelulusan kabinet dan tentunya ia bukan kesalahan beliau semata-mata. Tetapi penipuan beliau lantas dinafikan oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Rina Harun yang bangun serta-merta menafikan kabinet mengetahuinya.

Salah laku serius ini melibatkan pecah amanah, jenayah rasuah, penipuan dan ketidaktelusan yang dibuat oleh bekas Menteri Kewangan tersebut sewajarnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika ini telahpun mendakwa Lim Guan Eng dan isterinya dengan pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kali ini bapanya Lim Kit Siang dan DAP seperti biasa pasti akan menuduh tindakan mendedahkan salah laku Guan Eng ini semata-mata kerana Perikatan Nasional ingin membalas dendam dan bermotifkan politik, kerana seperti biasa anaknya itu ‘suci dan bersih’ tanpa sebarang dosa walaupun terpalit dengan pelbagai skandal.

Justeru boleh diteka selepas ini tentu DAP akan wujudkan solidariti mengutip dana untuk Guan Eng lagi dan akan diteruskan dengan giat kerana entah apa pula salah laku Guan Eng akan terdedah selepas ini.

Rakyat kini menanti isu Tabung Haji diselesaikan melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang tentunya Guan Eng juga akan terpalit sama. 

Syabas Perikatan Nasional. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts