ISU LANGGAR KUARANTIN: JALAN PENYELESAIAN SEMUA WAJIB DI’TABLIGH’KAN

469
SHARES
2.8k
VIEWS

Melanggar kuarantin atau engkar larangan kuarantin wajib di rumah selama 14 hari dengan keluar ke tempat lain bukanlah isu yang kecil.

Isu menjadi semakin besar jika individu tersebut didapati positif Covid-19 kemudiannya walaupun saringan di lapangan terbang ketika sampai dari luar negara menunjukkannya beliau negatif.

Sepatutnya kerajaan mengambil sikap berhati-hati ke atas semua individu yang pulang atau kembali ke Malaysia,  sama ada warganegara ataupun tidak, seperti yang kerajaan kenakan terhadap jemaah Tabligh yang baru dilepaskan pulang oleh kerajaan India.

Mungkin dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri ramai yang tidak perasan bahawa semua jemaah Tabligh yang baru pulang tersebut dikenakan kuarantin wajib di Pusat Kuarantin yang ditetapkan antaranya di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan bukannya di rumah seperti orang lain.

Alhamdulillah ‘berkat’ layanan tidak sama seperti orang lain ini, tiada seorangpun jemaah Tabligh yang diarahkan menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin tersebut didapati positif Covid-19, sebaliknya ramai yang kuarantin di rumah pula yang didapati positif. 

Kuarantin wajib di Pusat kuarantin ini yang sepatutnya dilaksanakan ke atas semua bukan hanya ke atas jemaah Tabligh. Layanan tidak sama rata atau ‘double standard’ ini sepatutnya disamaratakan terhadap semua dan bukannya secara terpilih.

SARANAN: Jika semua yang pulang atau kembali dari luar negara di’Tabligh’kan lebih baik – bukan disuruh menjadi jemaah Tabligh, tetapi semua diwajibkan kuarantin 14 hari di Pusat Kuarantin sama seperti jemaah Tabligh, tidak kira mereka pulang dari negara mana sekalipun. 

Kalau Tabligh boleh patuh, tidak mungkin yang lain tidak boleh walau berjawatan sekalipun. Jangan biarkan kluster baharu seperti Kluster Sivagangga terjadi lagi di negara ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts