APA AKAN TERJADI KEPADA MN APABILA PAS DAN BERSATU MEMBENTUK PN?

699
SHARES
4.1k
VIEWS

Oleh Ab Jalil Backer

Ramai yang mesej saya bertanya isu berikut.

Apa akan terjadi kepada Muafakat Nasional apabila PAS dan Bersatu membentuk Perikatan Nasional? 

Ada dua perkara kita perlu faham di sini.

Pertama, Muafakat Nasional adalah kerjasama politik, bukan entiti rasmi. Ia bertujuan antara lain menyelaras supaya tiada pertandingan antara BN dan PAS dalam PRU akan datang.

MN ini juga menjadi pentas UMNO dan PAS memperjuangkan isu-isu yang membabitkan kepentingan masyarakat Bumiputera dan agama Islam.

Ia tidak akan kena mengenai UMNO mesti ikut ideologi PAS atau PAS mesti menurut fahaman UMNO. Ada perkara kita boleh bersetuju, ada perkara kita boleh berbeza pendapat.

Oleh kerana Muafakat Nasional adalah ikatan politik longgar, UMNO atau PAS boleh sahaja turut mengadakan kerjasama dengan parti lain atau menyertai entiti politik lain.

Kedua, PAS menyertai Perikatan Nasional adalah hak parti tersebut. PAS bukan dalam entiti berdaftar Barisan Nasional. Justeru tiada apa-apa percanggahan konflik kepentingan.

Penyertaan ini tidak mematikan Muafakat Nasional. PAS, BERSATU dan UMNO akan terus berunding penentuan kerusi PRU. Ia bergantung kepada pucuk pimpinan semua parti untuk berunding dan mendapat permuafakatan.

Jika tiada permuafakatan, maka bertandinglah secara sendiri-sendiri. Tapi janganlah kita bergaduh dan berbalah atas sebab tidak mahu berbincang dengan Bersatu.

Perbincangan mesti dibuat. Jika tiada persetujuan perkara lain.

(Ini adalah ulasan dari pemerhatian politik. Saya tidak berada dalam pengurusan organisasi UMNO dan bukan jurucakap UMNO)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts