UMNO TIDAK BONGKAK ATAU EGO MAHU KERUSI DIMENANGINYA – AB JALIL BACKER

468
SHARES
2.8k
VIEWS

Setakat saya tahu kepimpinan UMNO hanya mahukan semua kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung dan Sabah dalam PRU-14 dikembalikan kepada partinya.

Jika Bersatu mahu kerusi yang lompat mereka kena gantilah tempat lain. Misalnya kalau Hamzah mahu kerusi Larut, Bersatu kenalah bagi kerusi Jerlun atau Kubang Pasu kepada UMNO untuk bertanding. Inipun mesti dengan persetujuan BN.

Bagi kerusi-kerusi Parlimen lain yang bukan milik parti dalam Muafakat Nasional, UMNO mahu parti yang kuat di situ letak calon. Namun ini boleh sahaja dibincang dan ditolak ansur ikut Muafakat Nasional.

Satu lagi asas perbincangan ialah UMNO mesti bertanding 70-80 kerusi. Ini bukan tamak tapi realisme.

Antara Bersatu, UMNO dan PAS, UMNO adalah parti yang mempunyai ahli dan pengundi terbanyak, diikuti Pas dan akhir sekali Bersatu.

Jadi mahu tidak mahu, UMNO perlu diberi kerusi lebih bagi meyakinkan ahlinya bahawa persetujuan ini bagus untuk parti. Pemimpin sahaja setuju jika ahli tidak setujupun tidak guna.

Satu orang satu undi sahaja. 

Selain itu, dalam politik demokrasi tidak boleh bahagi kerusi sama rata kerana ia akhirnya akan mewujudkan ketidakstabilan politik.

Adakah kerana ini UMNO boleh dicop sebagai parti yang sombong dan ego?

Oleh Ab Jalil Backer 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts