RAHMAN DAHLAN SEPATUTNYA BINCANG TERTUTUP BERSAMA PRESIDEN UMNO

511
SHARES
3k
VIEWS

Khairy Jamaluddin kata Rahman Dahlan sepatutnya bercakap dengan Presiden UMNO secara tertutup, bukan bercakap kepada media.

Rujuk;

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/19/talk-behind-closed-doors-kj-tells-rahman-dahlan#cxrecs_s

UMNO dan Barisan Nasional, akan berhadapan dengan laluan yang amat sukar dengan Pilihan Raya Negeri Sabah.

PERSOALANNYA:

1. Perlukah Rahman Dahlan menyerang Presiden UMNO dan Bung Mokhtar begitu rupa – secara terbuka? 

2. Perlukah Rahman Dahlan memberi ‘peluru’ kepada parti Warisan ‘menembak’ UMNO dengan kritikan terbuka seperti ini? 

3. Tidakkah Rahman Dahlan sedar, seseorang itu tidak bersalah sehingga beliau didapati bersalah oleh mahkamah? 

4. Tidakkah Rahman sedar, tuduhan-tuduhan terhadap Bung Mokhtar adalah tuduhan bermotifkan politik? Bertujuan menakut-nakutkan pemimpin UMNO Sabah agar mereka melompat masuk ke dalam Gagasan Parti PH.

5. Lim Guan Eng ketika berhadapan dengan kes rasuah membeli banglo tanpa kolam renang, tetap dilantik oleh Kerajaan PH ketika itu sebagai Menteri Kewangan.

6. Guan Eng berhadapan dengan kes rasuah – dilantik jaga kewangan dan perbendaharaan negara.

7. Tell me, which country in the world, practice this, Rahman Dahlan? 

8. Presiden UMNO Malaysia berhadapan dengan berpuluh-puluh kes di mahkamah. He is still the Presiden of UMNO.

9. He is still respected by the rakyat and UMNO members as the President of UMNO.

YANG PASTI SEKARANG:

10. Rahman Dahlan telah berjaya menghebahkan kepada seluruh negara terutamanya negeri Sabah bahawa;

(i). UMNO Sabah berpecah. Tidak solid. Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah ‘berpuak-puak’.

(ii). Rahman Dahlan mencabar keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO.

(iii). Rahman Dahlan mencabar kepimpinan Presiden UMNO di dalam menentukan hala tuju kuasa autonomi yang diberi kepada Ketua UMNO Sabah.

(iv). Rahman Dahlan memperlihatkan kepentingan peribadi beliau di dalam politik lebih penting, daripada memperlihatkan UMNO Sabah kembali memerintah Sabah.

(v). Rahman Dahlan tidak menggunakan perbincangan PINTU TERTUTUP, close door discussion. Tetapi menyerang menggunakan media.

UMNO SABAH BERHADAPAN DENGAN KEKALAHAN DI PRN SABAH

Sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah berterusan bercakaran sesama sendiri.

SHAFIE APDAL TERSENYUM DI BILIK KETUA MENTERI SABAH, DI KOTA KINABALU PAGI INI.

Salam.

DSBA

19 Ogos 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts