SYED SADDIQ TUDUH MAHATHIR SEBAR CERITA DONGENG?

9.6k
SHARES
56.5k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Belum terlambat untuk mengulas tulisan Syed Saddiq mengenai Lim Guan Eng dan DAP dalam Malaysiakini bertarikh 14 Ogos 2020.

Syed Saddiq mengaku dia terpesona dengan dongeng dan fiksyen sejak umur muda bahawa DAP adalah ‘pencabul’ hak Melayu.

Dia juga percaya supaya orang Melayu berwaspada terhadap Lim Guan Eng. DAP akan menggigit hak Melayu di belakang mereka dan kemudian meludahnya.

Syed Saddiq mungkin menulisnya sebagai tanda solidariti kerana Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Sebenarnya Syed Saddiq lupa tiga perkara sama ada cerita DAP itu dongeng atau benar.

Pertama, lupakah Syed Saddiq yang menjaja cerita DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu jahat adalah mentornya iaitu Mahathir.

Kalau tidak percaya, Syed Saddiq kena isytihar Tun M adalah penjahat kerana membawa cerita dongeng selama 22 tahun. Ada berani?

Syed Saddiq nampak bijak dan pernah jadi Menteri. Dia boleh rujuk dokumen Mahathir selama 22 tahun itu. Sejarah tidak berbohong.

Kedua, kalau DAP dan Guan Eng itu bagus sangat sudah tentu dalam tempoh 22 bulan PH memerintah keyakinan orang Melayu akan meningkat terhadap DAP.

Tetapi sebaliknya ia mendedahkan lagi tembelang sebenar DAP dan Lim Guan Eng.

Rakyat nampak. Sebab itu PH dihukum dalam 6 PRK terakhir. Akhirnya Kerajaan PH hanya bertahan untuk 22 bulan sahaja.

Ketiga, sebenarnya Mahathir konsisten mengatakan DAP adalah jahat dan rasis. Mahathir hanya berlakon memuji kebaikan DAP untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

Setelah menjatuhkan BN dan berkuasa dia berlakon pula untuk menendang DAP dan menggagalkan mimpi Anwar jadi PM.

Yang penting jawatan PM kekal milik Bersatu tanpa perlu ada DAP dan Anwar.

Kasihan Syed Saddiq, dia belum belajar sepenuhnya ‘ilmu muslihat’ daripada ‘Atok’nya “yang mana betul yang mana dongeng”.

Itu pentingnya kiasan “saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts