MASZLEE MASIH BERPOLITIK DI SEBALIK AKAN IKTIRAF UEC

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Jika dinilai daripada kenyataan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik iaitu kerajaan tidak akan membuat ‘u-turn‘ apabila merancang mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah persendirian Cina dan bergurau  “tidak akan mengambil masa 60 tahun seperti BN,” seolah-olah memberi maksud tidak lama lagi kerajaan akan mengiktiraf sijil tersebut.

“Kita akan pastikan apa pun dasarnya, keputusan yang kita buat tidak akan ada pusingan u, tidak akan ada flip flop (berubah-rubah), dan ia mesti menyeluruh,” ujar beliau.

Ditambah pula dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching sebelum ini iaitu beliau merancang supaya UEC diiktiraf sebelum hujung tahun. Dr. Maszlee kemudian berkata beberapa aspek perlu diambil kira sebelum tindakan tersebut dibuat yang kemudiannya dihurai oleh Teo, ia bagi memastikan status bahasa Melayu tidak terancam dengan pengiktirafan sijil itu.

Dr. Maszlee juga dipetik berkata, konflik sebenar adalah sesama pemimpin BN, termasuk Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda UMNO Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Kenyataan ini tidak sewajarnya beliau politikkan dengan menyeret tokoh tertentu kerana isu mengiktiraf UEC bukan baru sahaja timbul dan didebatkan malah sejak sekian lama oleh pelbagai institusi dan juga ahli akademik.

Beliau wajar membuat kajian holistik dan menerima pandangan ramai seperti yang beliau sendiri janjikan sebelum ini dan bukan membuat kenyataan berbaur politik.

Jika setelah kajian dilaksanakan dan kemudiannya kerajaan membuat keputusan mengiktiraf UEC, beliau hanya perlu bertanggungjawab di kemudian hari sekiranya tidak berlaku seperti yang beliau rancang dan menerima pujian sekiranya berjaya, bukannya berpolitik sepanjang masa mengaitkannya dengan parti tertentu seolah-olah ingin melaga-lagakan MCA dan UMNO.

Adakah Dr. Maszlee terlupa beliau sudah menjadi Menteri dan Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts