DACING, BUKU DAN POKOK DI PRK SLIM

507
SHARES
3k
VIEWS

Pilihan Raya Kecil di Slim menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional dan dua calon Bebas, satu daripadanya mewakili parti baharu Tun Mahathir Mohamad, Pejuang.

Pejuang mencalonkan muka baharu seorang Peguam Sharie dan peguam bela, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang menggunakan simbol pokok. 

Seorang lagi calon Bebas, S. Santharasekaran yang juga Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM), bertanding menggunakan simbol buku. 

Simbol ‘Dacing’ atau Barisan Nasional pula mencalonkan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43, bagi mempertahankan kerusi DUN itu kekal milik BN.

PRK Slim dilangsungkan berikutan kematian penyandang lamanya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, yang meninggal akibat serangan jantung, 15 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Mohd Khusairi mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Pakatan Harapan, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 25 Ogos manakala hari mengundi pada 29 Ogos ini membabitkan 23,094 pengundi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts